Rekabentuk sistem bekalan elektrik untuk premis kediaman dan perniagaan adalah terbahagi kepada dua jenis iaitu :

  1. Bekalan elektrik jenis Fasa Tunggal
  2. Bekalan elektrik jenis Tiga Fasa

Penentuan keperluan rekabentuk sistem bekalan elektrik samada jenis Fasa Tunggal atau Tiga fasa adalah bergantung kepada :-

  • Jenis bangunan samada jenis kediaman domestik atau premis perniagaan
  • Nilai anggaran penggunaan arus elektrik mengikut kiraan jumlah beban tersambung (connected load) dan beban maksima (maximum load demand) yang akan digunakan
  • Nilai anggaran jumlah beban tersambung dan maksima di masa hadapan (future growth load)
  • Kapasiti Amp Kotak Agihan (Distribution Board) dan Pemutus Litar yang terdapat di pasaran semasa
  • Mengambil-kira faktor amalan rekabentuk semasa (current design practice)
  • Mematuhi piawaian dan kelulusan Agensi Pemberi Bekalan Elektrik
Share this post on: