Buku 1 – Asas Elektrik adalah sebuah buku terjemahan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia.

Seimbas lalu, buku asas elektrik ini kelihatan sama seperti buku-buku asas elektrik lain yang kita pernah lihat dan pelajari semasa kita di bangku sekolah dan pusat pengajian tinggi dahulu.

Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada semakan dan penelitian pembacaan yang dilakukan, ternyata buku ini agak berbeza dari buku-buku asas elektrik yang lain kerana buku ini telah diterbitkan dan digunakan pada awal tahun 50 an dahulu di Amerika Syarikat dan tahun 60 an di United Kingdom.

Buku ini telah berulang kali diterbitkan dari masa ke semasa di seluruh dunia dalam pelbagai bahasa kerana kualiti kandungan ilmu teknikalnya, gaya penulisan dan penyampaian yang amat mudah difahami terutama bagi pelajar-pelajar di peringkat awal jurusan elektrik seperti sekolah dan universiti.

Kandungan buku ini adalah komprehensif dan disampaikan dengan mudah serta jelas termasuk ilustrasi dan gambarajah yang memudahkan pemahaman.

Oleh yang demikian, pihak kami memberi saranan dan sokongan penuh kepada rakan-rakan pembaca semua terutama pelajar-pelajar samada di peringkat sekolah (aliran sains, vokasional, teknik) dan pusat pengajian tinggi (institut kemahiran, politeknik, universiti) serta orang perseorangan untuk memiliki buku ini sebagai rujukan tambahan di dalam memahami ilmu elektrik dan Elektronik di peringkat awal pembelajaran.

Buku-buku tersebut boleh diperolehi dari kedai-kedai buku terpilih di seluruh Malaysia atau boleh diperolehi melalui pembelian terus dengan pihak penerbit.

TAJUK BUKU : BUKU 1 – ASAS ELEKTRIK
KELUARAN : ibs BUKU
EDISI : CETAKAN KELIMA 2006
HARGA : RM25.00

Nota :  Pesanan dan pembelian buku di atas juga boleh di buat menerusi pihak kami melalui bayaran seperti berikut:

  • Harga Buku : RM 25.00
  • Bayaran Khidmat Pembelian : RM 10.00
  • Bayaran Kiriman Pos-Laju : RM 10.00
  • Jumlah Bayaran : RM 45.00
  • No. Akaun Bayaran 1 : Maybank (Melectinfo Enterprise : 551306520589)
  • No. Akaun bayaran 2 : Bank Muamalat (Myelectinfo Enterprise : 01080000867711)
  • Sila emailkan maklumat tarikh pembayaran, jumlah, nama penuh dan alamat penuh kepada myelectinfo@yahoo.com
  • Jangkamasa kiriman selepas pembayaran adalah tujuh (7) hari dari tarikh pembayaran
  • Bayaran akan dikembalikan sekiranya ketiadaan stok di pasaran semasa dalam tempoh empat belas hari (14) hari selepas tarikh pembayaran.

 

Share this post on: