Perisian Autocad adalah merupakan antara perisian yang paling popular dan digunakan untuk menyediakan lukisan rekabentuk Sistem Mekanikal & Elektrikal di Malaysia.

Perisian ini telah dibangunkan oleh pihak Autodesk dengan pelancaran versi pertama pada bulan Disember 1982 (Autocad Relesease 1.0) dan yang terkini adalah pada bulan Mac 2014 (Autocad Release 29).

Terdapat pelbagai jenis buku panduan mengenai cara-cara menggunakan perisian ini di dalam menyediakan lukisan rekabentuk samada dari dalam atau luar negara.

Buku “LUKISAN KEJURTERAAN BERBANTU KOMPUTER” sepertimana illustrasi imej kulit hadapan yang dipaparkan di atas adalah antara buku panduan terkini yang dihasilkan oleh pakar akademik tempatan di Malaysia yang boleh dibanggakan dan seharusnya dimiliki oleh anda semua yang terlibat secara langsung atau sebaliknya di dalam penggunaan perisian Autocad.

Buku panduan di dalam BAHASA MALAYSIA ini telah ditulis dan disediakan oleh pakar akademik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan diterbitkan oleh Penerbit UTM Press.

Buku ini menyediakan penerangan dan penekanan kepada tajuk asas lukisan kejuruteraan iaitu :

  • Lukisan Geometri
  • Ortografik
  • Isometrik
  • Lukisan Mesin
  • Pemodelan 3D

Buku ini amat sesuai digunakan sebagai rujukan dan panduan di peringkat sekolah, institusi kemahiran dan universiti di dalam memberi bimbingan dan langkah penyediaan lukisan berdasarkan piawaian (standard) terkini.

Buku-buku tersebut boleh diperolehi dari kedai-kedai buku terpilih di seluruh Malaysia atau boleh diperolehi melalui pembelian terus dengan pihak penerbit.

TAJUK BUKU : LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER

KELUARAN   : PENERBIT UTM PRESS

HARGA         : RM50.00

Nota : Pesanan dan pembelian buku di atas juga boleh di buat menerusi pihak kami melalui bayaran seperti berikut :

  • Harga Buku : RM50.00
  • Bayaran Khidmat Pembelian : RM 10.00
  • Bayaran Khidmat Pos Laju : RM 10.00
  • Jumlah Bayaran : RM 70.00
  • No. Akaun Bayaran 1 : Maybank (Myelectinfo Enterprise : 551306520589)
  • No. Akaun bayaran 2 : Bank Muamalat (Myelectinfo Enterprise : 01080000867711)
  • Sila emailkan maklumat tarikh pembayaran, jumlah, nama penuh dan alamat penuh kepada myelectinfo@yahoo.com
  • Jangkamasa kiriman selepas pembayaran adalah tujuh (7) hari dari tarikh pembayaran
  • Bayaran akan dikembalikan sekiranya ketiadaan stok di pasaran semasa dalam tempoh empat belas hari (14) hari selepas tarikh pembayaran.

Slogan : Sokong Industri Buku Tempatan

Share this post on: