Konduit secara definasi teknikalnya ialah merujuk kepada pembuluh yang digunakan dan dipasang untuk melindungi pendawaian elektrik di dalam pepasangan elektrik.

Maklumat ringkas mengenai konduit yang digunakan di dalam sesuatu pepasangan elektrik adalah :-

  • Terdapat di dalam 2 jenis bahan iaitu Jenis Keluli (Galvanised Iron) dan Jenis Plastik (PVC)
  • Terdapat dalam 2 jenis produk iaitu bukan mudah lentur (rigid) dan jenis mudah lentur (flexible)
  • Konduit PVC kebiasaannya digunakan untuk pendawaian terbenam (concealed) dan di kawasan tepi laut bagi mengelakkan masalah karat
  • Konduit PVC lebih murah berbanding konduit GI
  • Konduit PVC lebih mudah dipasang berbanding konduit GI

Konduit Jenis PVC terbahagi pula kepada beberapa jenis iaitu :-

  1. Light Duty (digunakan untuk pendawaian elektrik di rumah-rumah kediaman)
  2. Medium Duty (digunakan untuk pendawaian elektrik di rumah kediaman bertingkat)
  3. Heavy Duty (digunakan untuk pendawaian elektrik di bangunan komersil, kilang dsb)

Penentuan jenis bahan bagi konduit PVC di atas adalah berdasarkan kepada Klasifikasi Kod seperti di bawah :

 

 

Share this post on: