Asas Rekabentuk Papan Suis Utama Jenis Voltan Rendah

MSB

Papan Suis Utama (Main Switch Board) adalah antara merupakan komponen penting dan utama di dalam sistem agihan bekalan elektrik terutamanya di dalam sesuatu premis dalaman bangunan komersial, industri perkilangan dan sebagainya.

Ianya berfungsi dan berperanan untuk menerima bekalan elektrik dari sumber luaran infrastruktur elektrik seperti Pencawang Elektrik dan kemudiannya mengagihkan bekalan elektrik tersebut kepada rangkaian Papan-Papan Suis Perantaraan Elektrik (Sub Switch Boards) dan Kotak-Kotak Agihan Elektrik (Distribution Boards) yang lebih kecil di seluruh bangunan.

Papan Suis Utama ini terdapat di dalam dua (2) jenis dengan ciri-ciri rekabentuk seperti berikut :-

  1. Jenis Lekapan Dinding (Wall Mounted)
  • • Digunakan sekiranya rekabentuk binaan fizikal adalah kecil
  • • Mempunyai bilangan pemutus litar keluaran yang sedikit
  • • Kapasiti Amp antara 100A hingga 400A
  • • Jenis operasi kendalian dan penyelenggaraan dari bukaan pintu hadapan sahaja.
  • • Tidak memerlukan Bilik Papan Suis yang besar
  1. Jenis Dirian Lantai (Floor Standing)
  • Digunakan sekiranya rekabentuk binaan fizikal adalah besar
  • Mempunyai bilangan pemutus litar keluaran yang banyak
  • Kapasiti Amp antara 400A dan ke atas.
  • Jenis operasi kendalian dari bukaan hadapan dan penyelenggaraan dari bukaan pintu belakang
  • Memerlukan Bilik Papan Suis yang besar

Perlu diingatkan ialah kedua-dua jenis Papan Suis Utama yang dinyatakan di atas mestilah direkabentuk dengan mempunyai parameter keselamatan dan perlindungan litar serta dilengkapi dengan aksessori-aksessori berikut :-

  1. Pemutus Litar Utama
  • Jenis Air Circuit Breaker (ACB), Moulded Case Circuit Brealer (MCCB)
  1. Perlindungan Arus & Bumi
  • Jenis Earth Fault dan Over Current
  1. Meter Pengukuran Arus, Voltan dan Faktor Kuasa
  • Voltmeter, Ammeter, Power Factor
  1. Lampu Penunjuk Setiap Fasa (Merah, Kuning & Biru)
  • Phases Indicating Light jenis LED
  • Seelok-eloknya disediakan di dua peringkat iaitu bekalan elektrik masukkan sebelum dan selepas Pemutus Litar Utama
  1. Ditentukan jenis masukan kabel bekalan elektrik dari arah bawah atau atas papan suis.
  • Papan Suis Utama Jenis Dirian Lantai kebiasaannya menggunakan jenis masukan kabel elektrik dari arah bawah.
  • Papan Suis Utama Jenis Lekapan Dinding pula kebiasaannya menggunakan jenis masukan kabek elektrik dari arah bawah dan atas bergantung kesesuaian sesalur bekalan elektrik.
  1. Penggunaan pengalir elektrik antara Pemutus Litar Utama dan Pemutus-Pemutus Litar Keluaran dari jenis tembaga dengan kadar lebihan kapasiti sebanyak 25% sehingga 50% dari saiz arus masukkkan.
  • Pengalir tembaga adalah lebih kecil berbanding alumnium
  • Lebihan kapasiti arus adalah untuk memastikan ketahanan pengalir dari segi pengaliran arus beban penuh dan kesan haba.
  1. Bentuk Pengasingan (Partitioning Forms) Papan Suis Utama Jenis Dirian Lantai ditentukan.
  • Bentuk 1 (Form 1)
  • Bentuk 2 (Form 2a dan 2b)
  • Bentuk 3 (Form 3a dan 3b)
  • Bentuk 4 (Form 4a dan 4b)
  • Pematuhan kepada piawaian IEC 61439-2.

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: