Bahaya Litar Pintas

Angkara litar pintas

Oleh : Wartawan Sinar Harian

Tarikh : October 25, 2011 BALING

Sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila hampir keseluruhan rumah mereka rentung dalam kejadian kebakaran tengah hari kelmarin di Kampung Charok Sikin.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dipercayai berpunca daripada litar pintas kerana sebelum kebakaran, bunyi letupan kedengaran di bahagian meter rumah berkenaan.

Pemilik rumah, Mohd Asroh Ahmad, 38, berkata, ketika kejadian, dia berada di rumah jiran yang hanya beberapa meter dari rumahnya.

Petikan laporan di atas adalah antara salah satu kejadian yang sering dilaporkan di akhbar saban tahun dan rumusan sebab-sebab kebakaran oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (keratan akhbar) membuktikan mengenai kewujudan BAHAYA LITAR PINTAS!!!

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab bagi semua pihak yang terlibat di dalam menyediakan rekabentuk elektrik, melaksanakan pepasangan dan tidak terkecuali para pengguna elektrik untuk memastikan langkah-langkah keselamatan yang perlu di ambil bagi mengelakkan risiko bahaya litar pintas tersebut.

InsyaAllah, pihak Editor sedang di dalam proses untuk menyediakan satu kiriman (post) lengkap mengenai pemahaman definsi (maksud) litar pintas, sebab-sebab terjadinya litar pintas dan cara-cara untuk mengatasi bahaya litar pintas untuk makluman dan panduan pada pembaca semua.

P/S : Teruskan sokongan anda dengan melayari blog ini dari masa ke semasa.

 

 

 

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: