Akta Bekalan Elektrik adalah merupakan suatu peruntukan dan ketetapan undang-undang di negara Malaysia yang telah dipersetujui dan disahkan oleh Parlimen Malaysia bagi tujuan mengawalselia Industri Pembekalan Elektrik, Pelesenan Pepasangan Elektrik, Pengawalan Pepasangan Loji Dan Kelengkapan Elektrik, Keselamatan Pengguna & Kecekapan Penggunaan Elektrik.
Akta Bekalan Elektrik secara dasarnya terbahagi kepada enam seksyen yang berasingan iaitu :-
-
Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447)
-
Akta Bekalan Elektrik (Syarikat Pengganti) 1990 (Akta 448)
-
Peraturan-Peraturan Elektrik 1994
-
Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik (Pengkompaunan Kesalahan) 2001
-
Peraturan-Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik dengan Cekap 2008
-
Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990
Buku Akta Bekalan Elektrik ini boleh diperolehi di pejabat Suruhanjaya Tenaga (ST) dan kedai-kedai buku tertentu dan terkemuka serta boleh juga dilayari di laman WEB Suruhanjaya Tenaga (ST) seperti link berikut :-
http://www.st.gov.my/index.php/ms/policies/regulations/electricity-regulations-1994.html