Faktor Kepelbagaian Elektrik

faktor pelbagai pic

Faktor Kepelbagaian dalam rekabentuk elektrik adalah bermaksud kelonggaran yang dibenarkan atau diandaikan di dalam pengiraan Beban Penuh dan Beban Maksima yang akan digunakan oleh sesuatu pepasangan elektrik.

Kelonggaran yang dibenarkan atau diandaikan adalah bermaksud tidak semua peralatan atau perkakasan elektrik akan berfungsi dan beroperasi penggunaannya dalam sesuatu masa biasa atau pada masa puncak oleh pengguna.

Penerangan terperinci mengenai Faktor Kepelbagaian dan Jadual berkaitan boleh dirujuk di dalam Buku Akta Bekalan Elektrik/Peraturan-Peraturan Elektrik 1994/Jadual Ketiga atau dilawati dan dilayari di Laman WEB Suruhanjaya Tenaga pada link berikut :-

http://www.st.gov.my/images/article/polisi/regulation_suruhanjaya/third_schedule/THIRD_SCHEDULE.pdf

Secara khususnya, nilai Faktor Pelbagai ini boleh dirujuk menggunakan panduan yang ditetapkan oleh Akta Bekalan Elektrik/Peraturan-Peraturan Elektrik.

Secara dasarnya pula, nilai Faktor Pelbagai juga boleh diandaikan oleh Perekebentuk Elektrik berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman masing-masing.

Berikut disertakan Jadual-Jadual berkaitan Faktor Pelbagai dan Contoh Pengiraan berkaitan sebagai rujukan :-

i) Jadual Faktor Pelbagai – Berdasarkan Peraturan-Peraturan Elektrik dan Andaian Perekabentuk Elektrik

ii) Contoh Jadual Beban Tersambung Dan Beban Maksima Termasuk Faktor Pelbagai (Berdasarkan Peraturan Elektrik)

iii) Contoh Jadual Beban Tersambung Dan Beban Maksima Termasuk Faktor Pelbagai (Berdasarkan Andaian Perekabentuk Elektrik)

Nota : Penggunaan Faktor Pelbagai mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik adalah digalakkan.

This Post Has 5 Comments

  1. salam tuan,
    terima kasih info pasal faktor kepelbagaian elektrik ini. saya ingin mahu berkecimpung dalam rekabentuk elektrik utk panduan saya.
    saya ada persoalan utk dikemukakan.

    merujuk kepada file tuan ;
    ~JADUAL CONTOH PENGIRAAN BEBAN TERSAMBUNG DAN BEBAN MAKSIMA TERMASUK FAKTOR PELBAGAI

    ~BERDASARKAN ANDAIAN PEREKABENTUK ELEKTRIK (ASSUMPTION/NORMAL PRACTICE)

    1) utk kiraan arus(unit), ada faktor 0.85 yg digunapakai utk semua jenis beban elektrik, apakah faktor 0.85 memang wajib diguna utk beban lampu, kuasa, soket 13A dan sebagainya ?

    2) macam mana nak dapatkan arus Bekalan 3 Fasa (36.21 Amp) dari arus Bekalan 1 Fasa (108.46 Amp) ? adakah faktor antara 1 fasa dgn 3 fasa ?

    3) Kadaran Kotak Fius Agihan (Distribution Board) dan Kadaran Fius Utama/MCCB/DB perlu mengambil Jumlah Arus Beban Tersambung sebagai rujukan dan bukannya Arus Beban Maksima ?

    Sekian, terima kasih atas info tuan.
    semoga blog tuan ini terus maju.

    1. Waalaikumussalam wbt.

      Sama-sama dan terimakasih kembali kerana sudi meluangkan masa melayari blog ini.
      InsyaAllah, saya akan cuba beri jawapan berdasarkan kepada pemahaman saya.

      1) Nilai faktior pelbagai yang dinyatakan sebagai 0.85 atau 85% adalah berdasarkan andaian saya sebagai perekabentuk elektrik berdasarkan kepada pengalaman. Walaubagaimanapun, penggunaan nilai faktor pelbagai berdasarkan kepada Jadual Ketiga (Third Schedule) yang dinyatakan di dalam buku Akta Bekalan Elektrik atau contoh yang diberikan adalah digalakkan.

      2) a) Formula pengiraan arus bekalan 1 Fasa : I=P/V x pf(0.85)
      b) Formula pengiraan arus bekalan 3 fasa : I=P/1.733 x V x pf(0.85)
      c) atau nilai arus 1 fasa x 3 = nilai arus 3 fasa (lebih kurang)

      3) a) Sila ambil perhatian ayat terakhir dalam Jadual Ketiga (Third Schedule) iaitu :
      # It is important to ensure that the distribution boards are of sufficient rating to take the total load connected to them without the
      application of any diversity.
      b) Kadaran fius utama Kotak Fius Agihan dimestikan mengambil kira nilai Arus Beban Tersambung dengan mengambil kira akan berlaku
      kemungkinan keseluruhan beban akan digunakan serentak tanpa faktor pelbagai.

      Maklumbalas dan pandangan dari rakan-rakan pembaca yang lain adalah dialu-alukan. Mohon komen membina sekiranya terdapat kesalahan fakta dan contoh oengiraan dari pihak blog ini.

      Terimakasih.

  2. ok.terima kasih byk atas info & nasihat tuan..

  3. Salam tuan, bagaimana pengiraan faktor kepelbagaian untuk isolator?

    1. Waalaikumussalanm wbt.

      Faktor kepelbagaian juga boleh digunapakai untuk Pengasing (Isolator) sekiranya perekabentuk atau pengguna elektrik mengetahui jenis beban elektrik yang akan digunakan melalui Pengasing tersebut.

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: