Fenomena Rokok Elektronik

rokok elektronik1

Kiriman kali ini cuba menyentuh mengenai fenomena penggunaan rokok tiruan berasaskan elektronik yang makin meluas penggunaannya di seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia.

Penggunaan rokok elektronik ini menjadi alternatif kepada perokok biasa dan juga menjadi pilihan dan trend gaya hidup moden terkini di kalangan remaja termasuk kepada mereka yang tidak merokok sebelum ini.

Rekabentuk rokok elektronik ini secara asasnya terdiri daripada komponen bateri yang boleh dicas semula, litar elektronik, lampu led, atomizer yang bertindak sebagai elemen pemanas kepada cecair pelbagai rasa dan muncung katrij.

Cecair yang boleh dibeli adalah dari pelbagai perasa yang dihasilkan melalui propylene glycol, glycerin, air, nikotin dan perasa.

Penggunaan rokok elektronik juga terkenal dengan nama vaping atau vapour.

Secara dasarnya, risiko penggunaan rokok elektronik ini masih lagi menjadi persoalan dan topik yang dibincangkan dan dikaji oleh pihak-pihak berkaitan kesihatan di peringkat antarabangsa seperti WHO (World Health Organization).

Secara moralnya, penggunaan rokok berasaskan elektronik mungkin dijadikan pilihan untuk menggantikan rokok biasa kerana ianya tidak menghasilkan asap tetapi wap air yang tidak mencemarkan udara persekitaran tetapi saranan yang terbaik ialah menghentikan tabiat merokok itu sendiri di samping turut dibimbangi ialah penggunaannya yang semakin meluas turut mempengaruhi remaja atas tujuan gaya hidup dan kanak-kanak kerana mempunyai tarikan pelbagai rasa seperti gula-gula, minumanm, buahan-buahan dan sebagainya.

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: