Formula Dan Pengiraan Kapasitor Pembaik Faktor Kuasa

POWER FACTOR PHASOR

Di dalam kiriman yang terdahulu bertajuk Pemahaman Konsep Faktor Kuasa Bekalan Elektrik, telah dinyatakan juga bahawa pihak pengguna adalah digallakan untuk memasang Peralatan Pembaik Faktor Kuasa (Power Factor Correction Equipment) atau lebih dikenali dan disebut sebagai ‘Capacitor Bank’.

Secara amnya, tujuan pemasangan ‘Capacitor Bank’ ini adalah untuk mengelakkan daripada dikenakan denda penalti disebabkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak Pemberi Bekalan Elektrik sekiranya Faktor Kuasa di pihak pengguna adalah kurang dari nilai 0.85 yang telah ditetapkan/ dibenarkan.

Secara teknikalnya pula, ‘Capacitor Bank’ ini terdiri daripada rangkaian komponen kapasitor yang dipasang di dalam kerangka Papan Suis dan berfungsi untuk mengimbangi dan menaikkan semula faktor kuasa berdasarkan kepada formula dan rekabentuk elektrik.

POWER FACTOR CORRECTION

Formula teknikal dan contoh pengiraan kapasiti Kapasitor dalam unit VAR adalah seperti berikut :-

Pr = Pw x (tan Ø°1 – tan Ø°2)

di mana;

Pr = jumlah kapasitor yang diperlukan dalam unit Var

Pw = jumlah beban elektrik dalam unit Watt

cos Ø1 = nilai kejatuhan faktor kuasa sebelum dibaiki

cos Ø2 = nilai kejatuhan faktor kuasa selepas dibaiki

Contoh Soalan :

Katakan suatu beban elektrik pengguna 3 fasa berjumlah 500kW yang disambungkan kepada suatu Papan Suis Utama (MSB) telah berlaku susut faktor kuasa sehingga 0.65. Nilai faktor kuasa yang akan direkabentuk untuk dibaiki ialah 0.92. Kirakan jumlah Var yang diperlukan.

Langkah demi langkah pengiraan :-

a) Kenalpasti jumlah beban elektrik pengguna

* Jumlah beban elektrik = 500kW

b) Kenalpasti dan buat andaian/pilihan nilai kejatuhan maksimum susut faktor kuasa yang akan berlaku

* Nilai kejatuhan susut faktor kuasa = 0.65. Bermaksud cos Ø1 = 0.65

c) Tukar nilai cos Ø1 kepada nilai darjah (°)

* Cos Ø1 = 0.65

* Ø°1 = 49.5°

d) Kenalpasti dan buat andaian/pilihan nilai maksimum faktor kuasa yang ingin dibaki diperbetulkan

* Nilai faktor kuasa selepas dibaiki = 0.92. Bermaksud cos Ø2 = 0.92

e) Tukar nilai cos Ø2 kepada nilai darjah (°)

* Cos Ø2 = 0.92

* Ø°2 = 23.1°

f) Masukkan semua maklumat ke dalam formula

* Pr = Pw x (tan Ø°1 – tan Ø°2)

* Pr = 500,000 x (tan 49.5° – tan 23.1°)

* Pr = 500,000 x (1.17 – 0.43)

* Pr = 500,000 x (0.74)

* Pr = 370,000 Var = 370 Kvar

Nota : Faktor Kuasa bermaksud Cos Ø dari istilah matematik. Jadi perlu ditukar kepada nilai ° sebelum ditukar semula dengan Tan Ø.

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: