Gangguan Bekalan Elektrik

POWER FAILURE

Kita semua sebagai pengguna elektrik terakhir (end-user) samada premis kediaman, perniagaan dan sebagainya sudah pasti pernah melalui masalah gangguan bekalan elektrik yang terputus secara tiba-tiba samada di waktu siang atau malam hari.

Kejadian gangguan bekalan elektrik ini pastinya menyebabkan semua pengguna mengeluh disebabkan urusan seharian yang menggunakan peralatan elektrik tergendala samada di premis kediaman apatah lagi premis perniagaan kecil atau besar seperti industri perkilangan, kompleks pejabat dan sebagainya.

Tahukah anda bahawa fenomema gangguan bekalan elektrik yang kerap berlaku disebabkan ketidakcekapan pengurusan bekalan elektrik oleh Pihak Pembekal Elektrik menjadi antara faktor utama kelembapan ekonomi sesebuah negara (kurangnya pelabur asing, dsb).

POWER FAILURE 1

Mungkin ramai antara kita yang masih mengingati kejadian gangguan bekalan elektrik yang pernah belaku di negara kita di awal tahun 90 an dahulu yang menyebabkan seluruh negara bergelap di malam hari dan menjadi topik hangat serta menjadi sejarah hitam kepada negara.

Oleh yang demikian, kita bersyukur kerana pendekatan-pendekatan tertentu telah diambil oleh pihak kerajaan melalui pemantauan Suruhanjaya Tenaga dan dilaksanakan oleh Pihak Pembekal Bekalan Elektrik dengan menaiktaraf keupayaan dan kecekapan Sistem Penjanaan, Penghantara & Pengagihan Bekalan Elektrik di seluruh negara bagi memastikan kejadian yang sama tidak berulang dan kemakmuran serta ekonomi Malaysia terus berkembang.

Walaubagaimanapun, tidak dapat tidak, kita harus akur dan lebih memahami bahawa kejadian gangguan bekalan elektrik ini dalam skala yang kecil akan tetap berlaku dan tidak dapat dielakkan hatta walau di negara-negara maju selain disebabkan risiko seperti bencana alam seperti banjir, ribut dan gempa bumi.

Untuk makluman, pihak Pembekal Bekalan Elektrik di Malaysia telah mengambil semua langkah yang perlu dan terbaik untuk mengurangkan kejadian gangguan bekalan elektrik di seluruh negara termasuk tempoh masa tertentu untuk membaiki kerosakan.

Secara rumusannya, sumber bekalan elektrik ialah simbol kemakmuran sesebuah negara yang perlu diuruskan dengan penuh tanggungjawab dan cekap secara berterusan oleh pihak kerajaan dan digunakan oleh semua rakyat Malaysia secara berhemah bagi tujuan keperluan kehidupan seharian dan bukan bermegah semata-mata,

 

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: