Jenis-Jenis Beban Elektrik Dan Penggunaannya

Jenis-Jenis Beban Elektrik Dan Penggunaannya

electrical appliances

Di dalam rekabentuk elektrik, antara langkah permulaan yang penting ialah mengenalpasti jenis-jenis beban elektrik yang akan digunakan dan menentukan jumlah penggunaan beban elektrik berdasarkan kepada permintaan maksimum (maximum demand) pada sesuatu tempoh masa, contohnya dalam tempoh 30 minit secara berterusan.

Secara amnya, beban elektrik ialah bermaksud peralatan yang berasaskan penggunaan elektrik (peralatan elektrik) untuk beroperasi seperti lampu, peti ais, televisyen, radio, mesin, motor dan sebagainya.

Secara teknikalnya pula, sesuatu peralatan elektrik tidak dikatakan sebagai beban elektrik kecuali selepas ianya disambungkan kepada voltan bekalan elektrik dan menggunakan sejumlah kuasa elektrik untuk beroperasi.

Jenis-jenis beban elektrik yang digunakan pula ialah seperti berikut :-

  1. Beban elektrik jenis rintangan (resistive load) seperti lampu tungsten (incandescent), pemanas air dan sebagainya yang bersifat menukarkan tenaga elektrik kepada haba serta tidak berkait secara langsung dengan arus lonjakan permulaan (starting current / inrush current).
  • Beban elektrik jenis induktif (induktif load) seperti motor dan pam elektrik yang berkait secara langsung dengan arus lonjakan permulaan dan memerlukan sesuatu tempoh masa untuk kembali stabil pada nilai arus penggunaan sebenar bergantung kepada nilai voltan, frekuensi dan jumlah beban induktif yang digunakan.

Perlu diingatkan bahawa proses mengenalpasti jenis beban elektrik dan jumlah penggunaan adalah penting walaupun ianya hanya melibatkan pepasangan yang dianggap mudah seperti pepasangan domestik rumah kediaman. Ini adalah kerana tidak semua beban elektrik akan digunakan secara serentak pada sesuatu masa, contohnya seperti permintaan arus, mekanisma kawalan dan masa yang digunakan.

Sesuatu rekabentuk elektrik yang tidak mengambil-kira faktor permintaan arus masimum (maximum demand) serta faktor pelbagai (diversity factor) dan hanya mengambil jumlah keseluruhan beban tersambung (connected load) berkemungkinan adakan menjadi tidak praktikal dan dikira bersifat membazir (over design).

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: