Jenis-Jenis Kabel ABC Untuk Sesalur Bekalan Elektrik

abc cable2

Di dalam kiriman yang terdahulu, kita telah membincangkan mengenai Rangkaian Kabel Talian Atas Jenis ABC serta jadual saiz kabel yang terdapat di pasaran.

Kali ini, kita akan berkongsi pula maklumat teknikal tambahan mengenai definasi dan saiz-saiz kabel yang digunakan di dalam penyediaan infrstuktur bekalan elektrik oleh Pihak Pembekal Bekalan Elektrik seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB).

MAKLUMAT AM TEKNIKAL KABEL JENIS ABC

Maklumat-maklumat teknikal yang dimaksudkan ialah seperti berikut :-

  • Kabel Jenis ABC secara definasi teknikalnya adalah bermaksud Kabel Bertebat Udara.
  • terdiri daripada satu hingga empat pengalir aluminium yang bertebat
  • dan membelit di sekeliling satu dawai pengalir penggantung yang juga dikhususkan sebagai dawai neutral.
  • kos barangan dan pemasangan yang lebih murah dari kabel bawah tanah.
  • kerja-kerja pemasangan yang lebih cepat.

JENIS-JENIS KABEL ABC UNTUK BEKALAN ELEKTRIK

Terdapat dua jenis saiz kabel yang telah diseragamkan penggunaanya iaitu:-

a) Sesalur Talian Ttama

  • 3 x 185 sq.mm + 16 sq.mm + 120 sq.mm
  • 3 x 95 sq.mm + 16 sq.mm + 70 sq.mm
  • pengalir 16 sq.mm terdapat pada kedua-dua kabel di atas untuk kegunaan pengalir lampu awam (street lighting)

b) Sesalur Serbis (Service)

  • 3 x 16 sq.mm + 25 sq.mm untuk bekalan elektrik 3 fasa
  • 1 x 16 sq.mm + 25 sq.mm untuk bekalan elektrik 1 fasa

JENIS-JENIS TIANG SOKONGAN KABEL ABC

Jenis-jenis tiang yang digunakan untuk menyokong pemasangan saiz kabel jenis ABC ini pula ialah seperti berikut :-

a) Tiang spun konkrit 9 meter

  • 3 x 185 sq.mm + 16 sq.mm + 120 sq.mm
  • 3 x 95 sq.mm + 16 sq.mm + 70 sq.mm

b) Tiang spun konkrit 7.5 meter

  • 3 x 16  sq.mm + 25 sq.mm
  • 1 x 16 sq.mm + 25 sq.mm

c) Panjang jarak maksima (span) antara tiang pula ialah 50 meter.

Bilangan litar (kabel) yang boleh digantung di atas tiang adalah di hadkan seperti berikut :-

a) Tiang 9 Meter

  • 1 litar 3 x 185 sq.mm + 16 sq.mm + 120s q.mm dengan 1 Litar 3 x 95 sq.mm + 16 sq.mm + 70sq.mm
  • 3 litar 3 x 95sq.mm + 16 sq.mm + 70 sq.mm

b)  Tiang 7.5 Meter

  • 4 litar 3 x 16 sq.mm + 25 sq.mm

Nota :

Tujuan utama bilangan kabel di atas di hadkan ialah bertujuan untuk memastikan ketahanan tiang dan kabel apabila berlakunya tiupan angin terhadap kabel dan tiang (win speed).

KADARAN FIUS DI TIANG

Fius jenis HRC (berpandukan spesifikasi BS 88 part 5) digunakan untuk melindungi kabel-kabel jenis ABC ini dengan kadaran maksima seperti berikut :-

a) Saiz kabel 185 sq.mm

  • kadaran fius maksima adalah 200 Amp
  • arus fius sebenar 300 Amp (faktor fius 1.5 kali ganda)

b) Saiz kabel 95 sq.mm

  • kadaran fius maksima adalah 125 Amp
  • arus fius sebenar 185 Amp (faktor fius 1.5 kali ganda)

c) Saiz kabel 16 sq.mm

  • kadaran fius maksima adalah 50 Amp
  • arus fius sebenar 75 Amp (faktor fius 1.5 kali ganda)

Nota :

Kebiasaannya, pemegang fius HRC ini lebih dikenali sebagai “Black Box” atau LV Outdoor Fuse Switch 400Adengan kadaran fius maksima 200 Amp dan 125 Amp yang dinyatakan di atas.

 

This Post Has 4 Comments

  1. Biasa brp saiz ABC kabel yg TNB guna untuk rumah kediaman?

  2. Saiz kabel ABC (yang biasanya digunakan) untuk rumah kediaman ialah seperti berikut :-

    a) 3 x 16 sq.mm + 25 sq.mm untuk bekalan elektrik 3 fasa
    b) 1 x 16 sq.mm + 25 sq.mm untuk bekalan elektrik 1 fasa

    Terimakasih.

    Editor

  3. Artikel yg baik

  4. Bagaimana pula aksesori untuk gantung cable tersebut di tiang. Ada maklumat. Cable ABC adalah aluminium dan cable dari black box ke pengguna adalah copper. Adakah perlu bimetal lug dsbnya? Dimanakah ia terletak? Sekian, terima kasih

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: