Di dalam rekabentuk litar skematik elektrik, pemilihan jenis komponen Pemutus Litar (Circuit Breaker) yang bersesuaian dengan fungsi dan operasi dari segi elektrikal dan mekanikal adalah sangat penting.
Secara asasnya, Pemutus Litar (Circuit Breaker) berfungsi untuk menyambung dan memutuskan sumber bekalan elektrik yang disambungkan kepada sesuatu litar elektrik.
Secara teknikalnya, Pemutus Litar adalah beroperasi melalui gabungan kaedah operasi mekanikal dan elektrikal.
Pemutus Litar ini dipasang pada litar masukan (incoming circuit) untuk menerima bekalan elektrik dan pada litar keluaran (outgoing circuit) untuk mengagihkan bekalan elektrik.
Jenis-Jenis Pemutus Litar
Jenis-jenis Pemutus Litar yang teradapat di pasaran semasa ialah seperti berikut :-
a) Miniature Circuit Breaker (MCB)
b) Moulded Case Circuit Breaker (MMCB)
c) Air Circuit Breaker (ACB)
Pemutus Litar Untuk Litar Elektrik Kecil Akhir (Smal Electric Distribution Circuit)
Contoh : Kotak Agihan Elektrik (Electric Distribution Board)
Pemutus Litar jenis MCCB (Moulded Case Circuit Breaker) dipasang pada litar masukan untuk menerima sambungan bekalan elektrik dan Pemutus Litar jenis Miniature Circuit Breaker (MCB) dipasang pada litar keluaran untuk mengagihkan bekalan elektrik ke litar-litar lampu, soket, dan sebagainya.
Pemutus Litar Untuk Litar Elektrik Utama (Main Electric Distribution Circuit)
Contoh : Papan Suis Elektrik Utama (Main Electric Switch Board)
Pemutus Litar jenis MCCB (Moulded Case Circuit Breaker) dipasang pada litar masukan untuk menerima sambungan bekalan elektrik dan juga pada litar keluaran untuk mengagihkan bekalan elektrik ke Kotak-Kotak Agihan Elektrik.
ATAU
Pemutus Litar jenis ACB (Air Circuit Breaker) dipasang pada litar masukan untuk menerima sambungan bekalan elektrik dan Pemutus Litar jenis MCCB (Moulded Case Circuit Breaker) dipasang pada litar keluaran untuk mengagihkan bekalan elektrik ke Kotak-Kotak Agihan Elektrik.