Sistem bekalan elektrik di negara kita, Malaysia adalah terbahagi kepada tiga jenis julat voltan iaitu :-
a) Voltan Rendah : 230V / 400V
b) Voltan Sederhana : 6.6kV / 11kV / 22kV & 33kV
c) Voltan Tinggi : 66kV / 132kV / 275kV & 500kV
Nota : Julat voltan-voltan ini adalah sepertimana yang dinyatakan di dalam buku Electricity Supply Application Handbook (ESAH) TNB
Secara amnya, tafsiran voltan yang dipetik daripada Buku Akta Bekalan Elektrik (Seksyen 2-4) adalah seperti berikut :-
‘voltan amat tinggi’ ertinya voltan yang biasanya melebihi 3,000 volt
‘voltan tinggi’ ertinya voltan yang biasanya melebihi 600V tetapi tidak melebihi 3,000 volt.