Kejadian kilat adalah salah satu fenomena alam (ciptaan Tuhan) yang amat unik dan mempesonakan.
Keunikan kejadian kilat ini telah dapat dihuraikan secara saintifik oleh para saintis dan visual jaluran percikan api kilat di dada langit yang cantik dan mempesonakan juga sudah sering kali dirakamkan oleh para jurugambar amatur dan professional.
Walaubagaimanapun, pengakhiran kejadian kilat ini juga sering kali menakutkan dan menggerunkan sesiapa sahaja sehingga ianya dikategorikan sebagai bencana alam seperti ribut, banjir, kemarau dan sebagainya.
Kejadian kilat ini dikatakan sebagai bencana alam kerana ianya telah mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta benda yang amat besar di seluruh dunia dan lebih malang lagi ianya turut menyebabkan kehilangan nyawa.
Oleh yang demkian, kajian ilmiah dan ujian praktikal telah dilaksanakan oleh para cendiakawan, saintis dan pakar dari masa ke semasa bagi menangani kejadian kilat bagi mengurangkan risiko kerosakan harta benda dan nyawa manusia.