Kepentingan Penentuan kA Untuk Pemutus Litar

Circuit Breaker - Burns

Pemutus Litar sepertimana yang kita semua ketahui ialah merupakan komponen terpenting di dalam rekabentuk Papan Suis Elektrik untuk sesuatu pepasangan elektrik.

Pemutus Litar berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik samada secara kendalian manual (ON/OFF) bagi tujuan penyelenggaraan atau secara kendalian Automatik apabila berlaku litar pintas (short circuit) dan arus bocor (leakage current).

Sepertimana yang telah diterangkan di dalam kiriman sebelum ini ialah pemutus Litar juga terdapat dalam dua jenis iaitu SPN/TPN dan juga DP/4P.

Selain dari itu, salah satu aspek terpenting dalam pemilihan Pemutus Litar ialah untuk menentukan kadaran ‘Breaking Capacity’ dalam unit kA.

Perlu diingatkan bahawa kebanyakkan terdapat banyak kes-kes yang berlaku seperti kebakaran dan kemalangan jiwa disebabkan kadaran kA ini tidak ditentukan dengan sepatutnya.

Ini mungkin berlaku disebabkan ramai antara kita samada perekabentuk elektrik atau individu yang melakukan pemasangan elektrik (electricians) tidak memahami kepentingan konsep keselamatan perlindungan elektrik secara sepenuhnya.

Memahami kA

Nilai kA membawa maksud arus elektrik dalam gandaan 1,000.

Nilai kA pada Pemutus Litar bermaksud kemampuan dan ketahanan membawa arus dalam gandaan 1,000 ketika berlaku kerosakan litar (fault condirion).

Contoh : Pemtus Litar berkadaran 100A TPN 50kA bermaksud Pemutus Litar tersebut mampu untuk menampung arus elektrik yang tinggi sewaktu berlaku kerosakan litar sehingga 50,000 A dalam tempoh masa yang singkat (saat) sebelum terpelantik (tripping).

Perlu diingatkan bahawa semasa berlaku kerosakan litar, kemungkinan terjadi arus besar-besaran secara tiba-tiba dan mengejut (in-rush current) adalah sangat tinggi.

Pemutus Litar dengan nilai kA yang rendah dari yang sepatutnya semasa berlaku ‘in-rush current’ akan menyebabkan terminal tembaga pada struktur dalaman Pemutus Litar lebur (melted) dan akan menyebabkan Pemutus Litar tidak dapat berfungsi dan terpelantik (tripping).

Antara kes yang pernah berlaku ialah Pemtus Litar yang dikendalikan secara Manual tiba-tiba meletup dan menyebabkan kematian pekerja elektrik.

Bagaimana Menentukan Kadaran kA yang diperlukan?

Kadaran kA boleh ditentukan dengan melakukan Pengiraan Teknikal yang dinamakan sebagai ‘Fault Level Calculation’.

Perekabentuk Elektrik dan individu bertanggungjawab dalam pepasangan elektrk (electricians/wireman) juga boleh mendapatkan Jadual Pengiraan kA ini daripada Pengeluar Pemtus Litar yang kebiasaannya mempunyai ‘Technical Support’.

Secara teorinya, kadaran kA adalah mengambilkira nilai galangan (impedance) pada peralatan sumber bekalan elektrik iaitu Alatubah (Transformer), jarak antara sumber bekalan elektrik dan Papan Suis Elektrik serta saiz dan galangan kabel elektrik yang digunakan.

Nota : Penerangan terperinci dan contoh formula serta pengiraan teknikal akan dihuraikan secara lebih terperinci di dalam kiriman selanjutnya.

Rumusan

1) Penentuan nilai kA Pemutus Litar adalah sangat penting di dalam aspek keselamatan litar dan pengguna elektrik.

2) Penentuan nilai kA Pemutus Litar boleh dibuat melalui Pengiraan Teknikal ‘Fault Level Calculation’

3) Penentuan nilai kA juga boleh didapati dan diminta daripada pihak Pengeluar/Pengilang (Manufacturer).

4) Jangan gunakan Pemutus Litar yang dikhuatiri tidak bermutu, tidak asli (immitate) dan murah.

 

 

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: