Keperluan Bilik Papan Suis Elektrik

bilik suis elektrik

Ramai antara kita yang terlibat di dalam industri pepasangan elektrik tahu mengenai adanya Bilik Suis Elektrik.

Dan ramai juga antara kita yang pernah melihat keadaan Bilik Papan Suis Elektrik yang tidak terurus, kotor, dijadikan stor barang-barang elektrik dan bukan elektrik (surat khabat, kotak dsb) dan lebih mendukacitakan ianya tidak dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sepatutnya.

Oleh yang demikian, kiriman kali ini akan membincangkan secara terperinci mengenai keperluan dan garis panduan yang mesti dipatuhi di dalam penyediaan Bilik Papan Suis Elektrik.

Bilik Suis Elektrik di dalam istilah pepasangan elektrik adalah merujuk kepada sebuah bilik khas yang menempatkan perkakasan Papan Suis Elektrik untuk sesebuah premis bangunan.

Tujuan utama keperluan penyediaan Bilik Papan Suis Elektrik adalah seperti berikut :-

  • Papan Suis Elektrik mestilah tidak terdedah kepada pengguna awam.
  • Papan Suis Elektrik mestilah tempatkan di dalam sebuah  bilik khas.
  • Papan Suis Elektrik hanya boleh dimasuki dan diakses oleh Orang Kompteten Elektrik sahaja.

Kriteria-kriteria penting di dalam penyediaan Bilik Papan Suis Elektrik adalah seperti berikut :-

  • Keluasan yang mencukupi untuk tujuan operasi dan penyelenggaraan yang selamat
  • Tidak digunakan untuk menyimpan lain-lain peralatan (stor barang)
  • Dilengkapi dengan pencahayaan lampu yang terang, pengudaraan yang mencukupi dan kering (tidak basah).

Kriteria-kriteria  tambahan yang perlu diambil-kira mengenai Bilik Papan Suis Elektrik adalah seperti berikut :-

  • Ditempatkan di lokasi yang berasingan dari laluan pengguna awam.
  • Bebas dari laluan paip-paip berasaskan bawaan air seperti paip buangan kumbahan (sanitary waste pipe), paip air sejuk (cold water pipe) , paip air panas (how water pipe), paip pendingin hawa, paip air hujan dan sebagainya. Tidak dibenarkan!!
  • Bebas dari laluan paip gas. Tidak dibenarkan!!
  • Bebas dari laluan sesalur lain-lain perkhidmatan voltan lampau rendah (extra low voltage) seperti telefon, isyarat tv, kamera keselamatan, siaraya dan sebagainya. Tidak dibenarkan!!
  • Pintu masuk/keluar dari jenis Rintangan Api (Fire Rated Door) dengan ketahanan rintangan api sekurang-kurangnya selama 2 jam.
  • Pintu dari jenis kalis air sekiranya terdedah kepada tempias hujan.

dilarang masuk sign

Selain dari itu, perlu diingatkan bahawa Bilik Papan Suis Elektrik juga perlu dilengkapi dengan aksessori-aksessori keselamatan berikut :-

  • Notis “DILARANG MASUK” mesti disediakan (dilekatkan/ditampal) di bahagian luar daun pintu.
  • Notis “BAHAYA” mesti disediakan berhampiran atau pada perkakasan Papan Suis Elektrik.
  • Papan Notis Arahan Cara-Cara Rawatan Renjatan Elektrik seperti “Cardiopulmonary Resuscitation” (CPR) di dalam bahasa kebangsaan  mesti disediakan.
  • Pemadam api (fire extingusher) jenis debu kering (dry powder) dan gas CO2.
  • Getah penebat dengan ketebalan yang sesuai mestilah disediakan dan diletakkan di lantai hadapan dan belakang perkakasan Papan Suis Elektrik.
  • Lukisan Skematik perkakasan Papan Suis Elektrik mestilah disediakan dan dilekatkan di dinding.

Maklumat-maklumat Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 mengenai Bilik Suis Elektrik oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) boleh dilawati dilayari seperti pautan (link) berikut :

12-General_Requirements_of_Installation.pdf

06-Installation_of_Switchboard.pdf

Secara rumusannya, penyediaan dan pengurusan Bilik Papan Suis Elektrik adalah tanggungjawab kita bersama yang terlibat di dalam pepasangan elektrik samada pihak perekabentuk elektrik perunding di peringkat rekabentuk awalan, pihak kontraktor elektrik di peringkat pepasangan perkakasan suis dan juga pihak penyelenggaraan dan pengurusan bangunan di peringkat penggunaan.

 

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: