Keperluan Nilai Rintangan Pembumian Rendah

 

Sistem Pembumian Bangunan

Sistem Pembumian (Earthing System) adalah salah satu komponen terpenting di dalam sesuatu pepasangan elektrik.

Secara amnya, Sistem Pembumian adalah dimestikan bagi tujuan keselamatan pengguna dari bahaya renjatan elektrik akibat kebocoran arus elektrik pada bahan pengalir elektrik seperti peralatan elektrik, kabel elektrik, perkakasan pemasangan bangunan berasaskan besi (metal) samada secara sentuhan langsung (direct contact) atau sentuhan secara tak langsung (indirect contact).

Secara teknikalnya pula, Sistem Pembumian adalah dimestikan bagi tujuan pengaliran secara langsung kebocoran arus elektrik yang berlaku terus ke kandungan tanah bumi melalui konsep nyah-cas (discharge).

Secara asasnya, formula asas Hukum Ohm iaitu V = I x R boleh digunapakai bagi memahami keperluan nilai rintangan yang rendah bagi sistem pembumian tersebut.

Contoh :

Katakan suatu peralatan elektrik mempunyai nilai rintangan dalaman sebanyak 1000 Ohm dan beroperasi pada kadaran 240V mengalami kerosakan kebocoran arus ke bumi.

Nilai arus bocor ialah 240/100 = 2.4 Amp.

Katakan pula nilai rintangan sistem pembumian ialah sebanyak 50 Ohm, maka nilai Voltan yang akan dihasilkan pada laluan ke bumi ialah 2.4 x 50 = 120V.

Rumusannya ialah semakin tinggi nilai rintangan pada sistem pembumian maka semakin tinggi nilai voltan yang dihasilkan oleh arus bocor yang akan mengakibat kesan dan risiko bahaya renjatan pada manusia (sekiranya berlaku sentuhan) menjadi semakin tinggi.

Voltan lampau tinggi (over voltage) disebabkan nilai rintangan pembumian yang tinggi juga akan mengakibat kerosakan pada peralatan dan litar elektrik itu sendiri.

Selain dari itu, perlu juga difahami antara tujuan lain kepentingan sistem pembumian ialah bagi mewujudkan ‘electric potential’ pada 0 Volt di mana sekiranya berlaku sentuhan secara langsung atau tidak langsung oleh manusia pada arus bocor tersebut secara selari (parallel) maka tiada renjatan elektrik yang akan berlaku kerana nilai voltan pembumian selari adalah sifar (0V).

Gambarajah - Renjatan Elektrik Sentuhan Langsung

Oleh yang demikian, berdasarkan kepada sebab, contoh dan rumusan di atas serta kes-kes kemalangan renjatan elektrik yang berlaku maka tidak dapat dinafikan bahawa nilai rintangan sistem pembumian yang rendah adalah sangat penting dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua yang terlibat dengan rekabentuk dan pepasangan elektrik memastikan ianya dipatuhi.

Untuk makluman, nilai bacaan maksima rintangan pembumian bagi pepasangan elektrik (jenis domestik) yang dibenarkan ialah 5 Ohm. Walaubagaimanapun, memandangkan trend penggunaan peralatan elektrik berasaskan elektronik seperti komputer, televisyen, dsb yang sensitif, maka nilai bacaan rintangan pembumian perlu serendah kurang dari 1 Ohm.

This Post Has 4 Comments

  1. mohon pencerahan..nilai rintangan sistem pembumian yg rendah..adakah bermaksud..wiring setiap sambungan menggunakan cable yg bersaiz lebih kecik utk sistem pembumian?bagaimana pula dgn earthing rod yg di pasang diluar rumah..?

  2. Untuk makluman, sistem pembumian pepasangan elektrik adalah bermaksud menyambungkan kabel pengalir dengan penebat PVC (berwarna hijau) atau pengalir plat tembaga (copper tape) dari Kotak Agihan (DB) atau Papan Suis (MSB) ke rod tembaga (copper rod) yang ditanam di ke dalam bumi.

    Penggunaan kabel pengalir (untuk pembumian) yang biasa digunakan di dalam pendawaian elektrik domestik ialah antara saiz 2.5sq.mm ke 6sq.mm.

    Untuk pepasangan elektrik komersial yang menggunakan Papan Suis Utama (MSB) pula menggunakan pengalir plat tembaga (copper tape) bagi tujuan pembumian.

    Secara teknikalnya, semakin besar saiz kabel maka semakin kurang nilai rintangan dan memudahkan arus kebocoran di alirkan ke bumi.

    Walaubagaimanapun, penyumbang nilai rintangan yang sebenar (samada tinggi atau rendah) adalah tertakluk kepada struktur dan jisim bahan dalam tanah itu sendiri. Contohnya, tanah di pesisiran pantai lebih banyak garam galian yang menyumbang kepada nilai rintangan yang rendah.

    Tanah atas bukit yang berbatu pula menyumbang kepada nilai rintangan yang tinggi.

    Penambahan bilangan dan lokasi rod tembaga (copper rod) samada di dalam atau luar sesuatu premis kediaman adalah kemungkinan diperlukan sehinggalah nilai rintangan pembumian yang ditetapkan diperolehi.

    1. tlong bagi penjelasan…bkan kew untuk rintangan bumi 10M ohm…maaf ..keliru

      1. Mungkin ukuran rintangan yang dimaksudkan oleh saudara ialah merujuk kepada bacaan nilai rintangan antara pengalir bumi dan pengalir fasa hiduo atau neutral melalui kaedah ujian rintangan penebatan.

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: