Lampu Kalimantang Jenis Kalis Cuaca (Weatherproof)

bare channel fluorescent fitting

Kiriman kali ini akan membincangkan mengenai penggunaan jenis lampu kalimantang (fluorescent fitting) yang sesuai untuk digunakan di persekitaran luaran premis kediaman atau komersil yang terdedah kepada cuaca hujan dan panas secara berterusan.

Kita pastinya mesti pernah melihat terutamanya kotak luaran (housing) lampu-lampu kalimantang yang dipasang di luar rumah berkarat disebabkan kesan cuaca lembab hujan dan panas matahari, Lama-kelamaan lampu-lampu tersebut akan rosak dan tidak dapat diigunakan.

Secara amnya, kotak luaran (housing) lampu kalimantang diperbuat daripada kepingan besi biasa (sheet steel) yang akan berkarat apabila terdedah secara berterusan kepada sinaran UV matahari, bahang panas, kelembapan suhu dan air hujan.

Persekitaran cuaca air masin untuk premis-premis berdekatan pantai dan laut juga akan menyebabkan kotak lampu kalimantang berkarat dengan lebih cepat.

Masalah kesan karat ini bukan sahaja melibatkan kotak lampu tetapi juga komponen dalaman seperti pemegang (holder) lampu, pemula (starter) dan juga choke/ballast yang diperbuat daripada besi dan seterusnya menyebabkan ianya rosak dan berlakunya litar pintas antara komponen dalaman dan kotak lampu.

Oleh yang demikian, penggunaan lampu jenis kalis cuaca (weatherproof type) di luar kawasan premis yang terdedah kepada cuaca persekitaran air masin, cuaca panas dan lembab sejuk adalah digallakkan.

Lampu-lampu jenis kalis cuaca ini jarang boleh didapati atau dibeli dari kedai-kedai elektrik biasa tetapi boleh dibeli dari kedai-kedai pembekal peralatan-peralatan elektrik atau melalui kontraktor elektrik.

Antara jenama-jenama lampu jenis kalis cuaca di pasaran tempatan ialah seperti SJ Lite, PCO Lite, BS Lite dan sebagainya.

Keistimewaan lampu jenis kalis cuaca ini ialah ianya direkabentuk berdasarkan kepada Indeks Perlindungan (Index Protection) atau pun “IP” yang ditetapkan piawaian antarabangsa.

Kotak lampu kalis cuaca ini diperbuat daripada ‘polycarbonate” dan klip dalaman pula dari jenis ‘stainless steel” yang tahan karat.

Berikut dsertakan keterangan lampu jenis kalis cuaca yang dipertik dari laman web SJ Lite.

 

wetaherproof fluorescent light

Anti Corrosive Fitting – IP65 (T5) – SBC 228

Features
Ideal for damp & corrosive environment. Metal gear mounting plastes are supplies to allow efficient installation. Gaskets are injected into lamp body to form continuous seal. UV protected polycarbonate diffuser with high impact resistance. The degree of protection is IP 65 with protection against dust and water blasting. Diffuser clips are retained to the body.

Applications
Dust, humidity and corrosive elements like car porch, loading bays, workshops, laboratories and corridors

 

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: