Lampu Kalimantang Jenis T5 Dan T8

fluorescent type t5

Terdapat dua jenis Lampu Kalimantang (Fluorescent Fitting) yang terdapat di pasaran dan sering digunakan secara meluas iaitu jenis T8 dan T5.

Lampu Kalimantang jenis T8 telah digunakan secara meluas di negara kita terutama di premis-premis kediaman sejak dari awal tahun 80 an. Cahaya yang dipancarkan pula ialah samada jenis cerah putih (daylight) atau kekuningan (warmlight).

Untuk makluman, penggunaan Lampu Kalimantang jenis T5 bagi menggantikan T8 telah dilaksanakan dari masa ke semasa samada untuk pepasangan elektrik baru atau yang sediada (melalui kos penyelenggaraan) disebabkan keupayaan penjimatan penggunaan elektrik sehingga 65% di samping kadar lumens yang lebih berbanding lampu kalimantang jenis T8.

Secara teknikalnya, lampu kalimantang jenis T5 adalah menggunakan ballast (choke) jenis elektrronik dan lampu kalimantang jenis T8 pula menggunakan ballast (choke) jenis magnet (magnetic).

Walaubagaimanapun, kos lampu kalimantang jenis T5 adalah lebh mahal sekitar 25% sehingga 40% berbanding lampu kalimantang jenis T8 bergantung kepada jenis kualiti pembuatan dan pengeluar seperti Phillips, OSRAM, GEC dan sebagainya.

Perbezaan fizikal lampu T5 dan T8 ialah ianya lebih kecil kurus (slim) dan pastikan anda membaca label T5 atau T8 pada tiub lampu sebelum membelinya.

Oleh yang demikian, anda sebagai pengguna elektrik digallakkan untuk menggunakan lampu kalimantang dari jenis T5 bagi tujuan langkah-langkah penggunaan elektrik berhemah dan penjimatan penggunaan elektrik jangka panjang.

Gambar dan gambarajah teknikal akan disertakan semasa proses kemas-kini post ini kelak.

 

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: