Memahami Konsep Aliran Arus Elektrik

electric water flow analogy

Secara perbandingannya, bolehlah dirujuk kepada konsep aliran arus air bermula dari punca bekalan air seperti tangki air kemudian melalui sesalur paip air sehingga ke hujung pili paip air untuk kegunaan mandi atau memasak.

Konsep aliran arus elektrik pula bermula dari punca bekalan elektrik seperti Kotak Fius Agihan (Distribution Board) kemudian melalui dawai kabel elektrik sehingga ke hujung peralatan elektrik seperti lampu, kipas dan sebagainya.

Bezanya ialah konsep aliran arus air dapat dilihat pergerakannya tetapi aliran arus elektrik adalah sebaliknya.

Begitu juga dengan aliran air akibat kebocoran sesalur paip air boleh dilihat tetapi kebocoran aliran arus elektrik akibat kerosakan kabel dawai elektrik tidak boleh dilihat.

Kebocoran paip air kadangkala boleh menyebabkan kerosakan pada harta benda seperti siling, pintu, karpet, sofa dan sebagainya dan kebocoran aliran arus elektrik boleh menyebabkan renjatan elektrik dan kebakaran.

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: