Memahami Penggunaan Faktor Permintaan Dan Faktor Kepelbagaian

diversity factor post pic

Di dalam rekabentuk sistem bekalan elektrik, terdapat beberapa faktor pengiraan yang perlu diambil kira oleh seseorang perekabentuk elektrik (electrical designer) seperti berikut :-

a) Faktor Permintaan (Demand Factor)

  • Tujuan pengiraan Faktor Permintaan ialah untuk menentukan kapasiti arus (amperecity) sesuatu Sub-Sistem (Sub-Fedeer) seperti Kotak Panel Agihan Elektrik dan juga saiz kabel elektrik untuk disambungkan dari punca bekalan elektrik sebelumnya (contoh Papan Suis Utama).
  • Faktor Permintaan secara spesifiknya membenarkan bahawa kapasiti arus (amperecity) sesuatu sesuatu Sub-Sistem (Sub-Fedeer) seperti Kotak Panel Agihan Elektrik kurang dari 100% daripada jumlah sebenar beban tersambung setiap litar kecil akhir (final branch sub-circuit) yang disambungkan kepadanya.
  • Faktor Permintaan adalah bermaksud nisbah jumlah sebenar penggunaan kuasa/arus elektrik oleh sesuatu beban (peralatan elektrik) berbanding Jumlah Beban Tersambung bagi suatu litar elektrik pada sesuatu tempoh masa (interval of times).
  • Nilai Faktor Permintaan ini selalunya berubah-ubah dari masa ke semasa bergantung kepada keperluan penggunaan beban itu sendiri.
  • Faktor Permintaan = Beban Maksima / Jumlah Beban Tersambung
  • Nilai Faktor Permintaan selalunya adalah lebih kecil atau sama (<=) dengan nilai 1.0 atau 100%.

• Contoh 1 :

  • Katakan ; satu litar elektrik disambungkan kepada beban motor elektrik 20 Kw
  • Penggunaan sebenarnya secara terus menerus adalah hanya 15 Kw.
  • Maka ; nilai Faktor Permintaan motor elektrik tersebut =15/20 = 0.75 atau 75%.

• Contoh 2 :

  • Katakan; satu litar elektrik disambungkan kepada 10 biji lampu jenis kalimantang 1x 40W. Jumlah Beban Tersambung = 10 x 40W = 400W
  • Penggunaan sebenar lampu pada waktu pagi cuma 5 biji sahaja. Maka nilai Beban Maksima = 5 biji x 40W = 200W
  • Maka ; nilai Faktor Permintaan = 200/400 = 0.5 atau 50%
  • Penerangan dan contoh pengiraan yang diberikan di atas adalah untuk tujuan kefahaman.
  • Sub-Sistem (Sub-Feeder) di sini juga bermaksud pepasangan elektrik mengikut jenis premis bangunan kediaman atau komersil.
  • Contoh premis bangunan kediaman : rumah teres, rumah sesebuah, kediaman bertingkat kondominium dsb.
  • Contoh premis bangunan komersil : sekolah, hospital, hotel,  pejabat, kedai dsb.
  • Untuk memudahkan kerja-kerja rekabentuk, Jadual Faktor Permintaan berikut boleh digunakan sebagai rujukan dan panduan :
  • [table id=21 /]

 

b) Faktor Kepelbagaian (Diversity Factor)

  • Tujuan pengiraan Faktor Kepelbagaian ialah untuk menentukan anggaran kapasiti arus (amperecity) yang diperlukan oleh sesuatu rangkaian sistem bekalan elektrik (pembekalan dan pengagihan) termasuk mementukan saiz (kapasiti ampere) sesuatu Alatubah.
  • Dalam konteks Pihak Berkuasa Bekalan Elektrik seperti TNB, pengiraan Faktor Kepelbagaian ini membantu dari segi kajian rekabentuk keperluan penyediaan infrasruktur bekalan elektrik termasuk menentukan bilangan dan kapasiti Alatubah termasuk jenis Bangunan Pencawang Elektrik yang diperlukan.
  • Faktor Kepelbagaian adalah bermaksud nisbah Jumlah Keseluruhan Beban Maksima Individu setiap Sub-Sistem (Sub Feeder) berbanding Jumlah Beban Maksima Sistem Utama (Main Feeder) keseluruhan di dalam sesuatau rangkaian sistem bekalan elektrik.
  • Faktor Kepelbagaian = Jumlah Beban Maksima Individu / Jumlah Beban Maksima Keseluruhan
  • Nilai Faktor Kepelbagaian selalunya adalah lebih besar atau sama (>=) dengan nilai 1.0 atau 100%
  • Sebab utama mengapa nilai Faktor Kepelbagaian ini selalunya melebihi dari 1 atau 100% ialah berdasarkan andaian atau kajian bahawa tidak semua Beban Maksima Individu dari Sub-Sistem (Sub-Feeder) digunakan serentak pada sesuatu tempoh masa.

• Contoh 1 :

  • Katakan ; satu (1) Sistem Utama mempunyai 2 (dua) Sub Sistem iaitu Sub-Sistem A dan Sub-Sistem B
  • Sub-Jumlah Beban Maksima Individu untuk Sub-Sistem A = 25kW
  • Sub-Jumlah Beban Maksima Individu untuk Sub-Sistem B = 35kW
  • Jumlah Beban Maksima Individu = 25kW + 35kW = 60kW
  • Katakan ; Jumlah Beban Maksima Keseluruhan = 50kW
  • Maka ; Faktor kepelbagaian = 60kW / 50kW = 1.2 atau 120%

 

  • Penerangan dan contoh pengiraan yang diberikan di atas adalah untuk tujuan kefahaman.
  • Perlu diingatkan bahawa perincian pengiraan Faktor Kepelbagaian ini adalah berbeza dengan Faktor Permintaan.
  • Pengiraan Faktor Kepelbagaian ini adalah berdasarkan kepada jenis litar beban elektrik seperti lampu, soket kuasa, pendingin hawa dsb.
  • Untuk memudahkan kerja-kerja rekabentuk, Jadual Faktor Kepelbagaian berikut boleh digunakan sebagai rujukan dan panduan :
  • [table id=22 /]

NOTA EDITOR

  •  Penerangan mengenai konsep dan pengiraan Faktor Permintaan Dan Faktor Kepelbagaian di atas adalah berdasarkan Piawaian IEC 60439.
  • Walaubagaimanapun di Malaysia, kita juga boleh merujuk kepada maklumat dan panduan berkaitan yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) sepertimana kiriman terdahulu seperti di bawah :

http://www.myelectinfo.com/faktor-kepelbagaian-elektrik/

  • Perlu diingatkan bahawa semua jenis maklumat dan panduan samada berdasarkan kepada Piawaian IEC dan juga Pihak Berkuasa Tempatan seperti ST, TNB, SEB, SESCO adalah sebagai panduan dengan nilai rujukan minima sahaja.
  • Perekabentuk elektrik digalakkan untuk melakukan kajian dan pengiraan terperinci mengenai jenis beban dan sifat-sifat operasinya bagi memastikan rekabentuk elektrik yang dihasilkan adalah bersesuaian dari segi praktikal dan kos pemasangan serta penyelenggaraan.

 

 

 

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: