Panduan Pemilihan Jenis Perlindungan Litar

komponen perlindungan litar

Pemilihan jenis peranti perlindungan litar (protective circuit devices) seperti Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (ELCB) dan Pemutus Litar Arus Baki (RCCB/RCD) adalah amat penting di dalam rekabentuk sistem bekalan dan agihan elektrik.

Secara amnya, komponen atau peranti perlindungan litar ini adalah berfungsi untuk melindungi litar elektrik dengan memutuskan bekalan elektrik secara automatik apabila berlakunya arus lebihan (pver current) dan juga arus bocor ke bumi (earth leakage current).

Justeru itu, pemilihan jenis fasa, kapasiti arus dan kepekaan (sensitiviti) komponen-komponen tersebut adalah perlu dilakukan dengan berhati-hati oleh perekabentuk elektrik bagi tujuan keselamatan pepasangan dan pengguna elektrik.

Di negara kita Malaysia, terdapat pelbagai jenis jenama dan model komponen pemutus dan perlindungan litar yang dikeluarkan dan boleh didapati di pasaran semasa samada ianya buatan tempatan atau luar negara.

Agensi kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya Malaysia (Bahagian Elektrik) yang ditugaskan untuk menyelia pepasangan elektrik projek-projek kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menyediakan laman web EMAL (Electrical Material Approved List) yang menyediakan senarai jenama-jenama peralatan dan komponen elektrik yang diluluskan dari masa ke semasa. Laman WEB tersebut boleh dilayari seperti pautan link di bawah :

EMAL (ELECTRICAL MATERIAL APPROVED LIST)

Sebagai panduan bersama, berikut disenaraikan Jadual Pemilihan Peranti Perlindungan Litar sebagai panduan asas untuk Rekabentuk Litar Kecil Akhir (Final Sub Circuit) di Kotak Agihan (Distribution Board).

This Schedule Of Circuit Protective Device Selection is a basic guideline for Final Sub Circuit Design at Distribution Board.

 

JADUAL PEMILIHAN PERANTI PERLINDUNGAN LITAR
(SCHEDULE OF CIRCUIT PROTECTIVE DEVICE SELECTION)
Bil. Jenis Litar Kecil Akhir Fasa Peranti Perlindungan Litar
(Circuit Protective Device)
(Type Of Final Sub-Circuit) (Phase) ELCB/RCD/RCCB
Amp Pole (Sensivity Value)
1.0 Lampu 1 40A DP 100mA
(Lighting) 3 63A TPN 100mA
bercampur atau berasingan
(mixed or separate)
2.0 Pendingin Hawa 1 40A DP 100mA
(Air Conditioning) 3 63A TPN 100mA
3.0 Motor Elektrik 1 40A DP 100mA
(Electric Motor) 3 63A TPN 100mA
4.0 13A/15A Soket Alir Keluar 1 40A DP 30mA
(13A/15A Switch Socket Outlet) 3 63A TPN 30mA
5.0 Pemanas Air 1 20A DP 10mA
(Water Heater)
Nota ELCB : Earth Leakage Circuit Breaker
(Remark) RCD : Residual Current Device
RCCB : Residual Current Circuit Breaker
DP : Double Pole
TPN : Three Pole & Neutral

 

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: