Pencawang Elektrik Dan Kesan Radiasi Elektromagnetik

Pencawang Elektrik Dan Kesan Radiasi Elektromagnetik

Kita mungkin pernah mendengar atau menerima soalan daripada teman-teman mengenai risiko dan bahaya sekiranya tinggal di rumah yang  berdekatan dengan Pencawang Elelektrik dan Menara Talian Atas Penghantaran Voltan Tinggi .

Persoalan ini menjadi semakin popular dan hangat di kalangan masyarakat terutama kepada pembeli-pembeli rumah yang berhampiran dengan lokasi Pencawang Elektrik dan Menara Talian Atas Penghantaran Voltan Tinggi ..

Secara amnya, persoalan ini lebih menjurus kepada kesedaran dan kebimbangan orang-ramai mengenai bahaya elektrik di samping untuk mendapatkan kepastian jawapan mengenai jaminan keselamatan dari pihak yang bertanggungjawab bahawa kehidupan harian mereka adalah bebas daripada sebarang risiko dan bahaya yang mungkin berlaku.

Sudah semestinya, persoalan ini akan kekal menjadi tandatanya dari masa ke semasa sekiranya tiada jawapan yang jelas dan munasabah diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab,

Apatah lagi masyarakat sekarang makin maju dan terdedah kepada maklumat-maklumat berkaitan yang daripada sumber-sumber internet dan sebagainya.

Secara teknikalnya, risiko dan bahaya yang boleh dikaitkan ialah mengenai kesan radiasi gelombang elektromagnetik daripada Pencawang Elektrik dan Menara Talian Atas Penghantaran Voltan Tinggi yang akan melibatkan keselamatan orang-ramai yang tinggal di sekitarnya.

Memahami Keperluan Menara Talian Atas Penghantaran Voltan Tinggi Dan Pencawang Elektrik

menara talian atas VTSistem agihan bekalan elektrik bermula daripada beberapa buah Stesen Janakuasa dan dan memerlukan Menara Talian Atas Penghantaran Voltan Tinggi untuk menghantar bekalan elektrik ke seluruh negara.

Semua Menara Talian Atas Penghantaran Voltan Tinggi ini bersambung antara satu sama lain di seluruh negara dan membentuk Rangkaian Grid Nasional.

pencawang elektrikPencawang Elektrik pula diperlukan untuk menerima bekalan elektrik Voltan Tinggi (VT) dan diturunkan (step down) kepada Voltan Rendah (VR) dan kemudiannya di agihkan kepada para pengguna melalui rangkaian sistem bekalan elektrik setempat (domestik).

Nota : Sila rujuk artikel berkaitan Sistem Agihan Bekalan Elektrik

Mengenali Jenis Peralatan Di Dalam Pencawang Elektrik

transformerAntara peralatan utama di dalam sesebuah Pencawang Elektrik ialah Perkakas Suis (Switchgear), Alatubah (Transformer) dan Peti Agihan Voltan Rendah (Low Voltage Distribution Board) di samping kabel Voltan Tinggi dan Voltan Rendah.

Memahami Teori ‘Elektro-Magnetic Field’ (EMF)

magnetic fieldSetiap suatu bahan yang digunakan untuk mengalir dan membawa elektrik (pengalir elektrik) akan menghasilkan gelombang (urat daya) magnet di sekelilingnya. Kekuatan gelombang magnet ini bergantung kepada kekuatan voltan dan arus elektrik yang dialirkan dan dinamakan sebagai Medan Gelombang Elektromagnetik atau ‘Elektro-Magnetic Field’ (EMF).

Peralatan Alatubah (Transformer) di dalam Pencawang Elektrik yang terdiri daripada gelungan tembaga pengalir elektrik dan berfungsi untuk menurunkan Voltan Tinggi (VT) kepada Voltan Rendah (VR) mempunyai kesan aruhan EMF yang paling tinggi berbanding peralatan lain.

common radiationPerlu diingatkan bahawa semua jenis peralatan elektrik rumah kediaman seperti ketuhar gelombang mikro, televisyen, dapur elektrik, lampu-lampu dan sebagainya juga menghasilkan kesan EMF. Walaubagaimanapun, kekuatan gelombang EMF ini dikatakan amat rendah dan tidak mendatangkan risiko kepada para pengguna.

Justifikasi Kebimbangan Risiko Kesan ‘Elektro-Magnetic Field’ (EMF)

danger electromagnetic fieldTerdapat ulasan daripada para penganalisis perubatan dari dalam dan luar negara (dari masa ke semasa) yang memberikan takrifan radiasi kepada kesan EMF ini yang boleh mendorong kepada kemungkinan berlakunya kanser kepada orang-ramai yang tinggal di sekitar Menara Penghantar Talian Atas Voltan Tinggi dan Pencawang Elektrik.

Kebimbangan kesan radiasi EMF ini adalah berasas kerana dari segi kajian dan amalan perubatan mengesahkan bahawa ianya sememangnya membahayakan kesihatan seseorang yang terdedah kepada kesan EMF yang kuat untuk suatu tempoh jangkasamasa yang berterusan.

Walaubagaimanapun, sehingga kini persoalan dan kebimbangan tersebut terus menjadi tandatanya dari masa ke semasa kerana ketiadaan laporan dan analisa saintifik dari pakar dan agensi perubatan yang lengkap dan jelas untuk menyokong dan membuktikan serta mengaitkan kesan radiasi EMF ini dengan bahaya kanser tersebut.

Ulasan Agensi Pembekal Elektrik Mengenai Risiko Kesan EMF

electromagnetic safeAgensi Pembekal Elektrik di Sememanjung Malaysia iaitu Tenaga Nasional Berhad melalui melalui seminar yang diadakan telah menyatakan bahawa kebimbangan kepada kesan radiasi gelombang elektromagnetik (EMF) ini adalah merupakan persepsi orang-ramai disebabkan oleh kurangnya pemahaman mengenai EMF.

Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menunjukkan bahawa kesan radiasi EMF ini tidak membahayakan kesihatan pada tahap bacaan 1000 milliGaus (mG) dan Menara Penghantaran Talian Atas Voltan Tinggi hanya menghasilkan kesan EMF sebanyak 15mG.

Nota : Sila rujuk artikel berkaitan daripada Berita Harian : EMF tidak bahaya jika bawah 100mG – TNB

Rumusan Risiko Kesan Radiasi Elektromagnetik Daripada Pencawang Elektrik

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, antara rumusan yang boleh dilakukan mengenai persoalan dan risiko serta bahaya kesan radiasi gelombang elektrmagnetik dari Pencawang Elektrik dan Menara Talian Atas Penghantaran Voltan Tinggi adalah seperti berikut :-

  • Persoalan dan kebimbangan mengenai risiko radiasi EMF adalah berasas untuk dijawab dan dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan dan agensi swasta dan kerajaan yang bertanggungjawab.
  • Kesedaran mengenai bahaya elektrik termasuk pemahaman mengenai radiasi gelombang EMF yang dimaksudkan mestilah sentiasa disampaikan dengan lebih kerap melalui artikel-artikel, seminar-seminar, kursus-kursus, media cetak dan elektronik dari masa ke semasa.
  • Langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab mestilah ditingkatkan dan ditunjukkan dengan lebih jelas kepada pihak orang-ramai seperti papan tanda aras bacaan gelombang EMF dipamerkan di setiap Pencawang Elektrik dan Menara Talian Atas Penghantaran Voltan Tinggi dan sebagainya.

 

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: