Penggunaan Digital Power Meter (DPM)

DPM

Digital Power Meter atau dengan singkatan perkataan DPM adalah merupakan salah satu alat pengukuran parameter kuasa elektrik di dalam format paparan digital LED.

Penggunaan DPM ini ialah antara meter pengukuran kuasa elektrik yang terkini di dalam industri pembinaan Papan Suis Elektrik bagi menggantikan meter jenis analog (penunjuk jarum).

Antara parameter pengukuran kuasa elektrik pada DPM ini ialah maklumat Voltan Elektrik, nilai penggunaan Arus (Ampere) pada setiap dan keseluruhan fasa, nilai faktor kuasa semasa (pf), nilai ulangan frekuensi (Hertz) serta ianya juga boleh disambungkan kepada peralatan canggih Sistem Kawalan & Kendalian Bangunan (BAS & BMS).

Secara amnya, Digital Power Meter (DPM) adalah alat pengukuran parameter kuasa elektrik yang terkini bagi menggantikan Meter-Meter Jenis Analog sebelum ini.

Secara khususnya pula, ianya menjimatkan ruang rekabentuk sesebuah Papan Suis Elektrik, mudah digunakan dan diselenggara.

Terdapat pelbagai jenis jenama DPM di pasaran industri elektrik di Malaysia seperti Mikro, ABB, Merlin Gerin dan sebagainya.

Nota :

Masih terdapat ramai antara kita yang terlibat di dalam rekabentuk dan pepasangan elektrik masih keliru antara definasi dan pengunaan Digital Power Meter (DPM) dan juga Digital Electric Meter (DEM).

Kekeliruan ini walaubagaimanapun masih dianggap sebagai normal sebagai salah satu pembelajaran berterusan di dalam industri elektrik tetapi haruslah di fahami secepat mungkin bagi mengelakkan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.

 

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: