Penggunaan Lampu Kecemasan Di Rumah

 

images1QYSBTO2

Ramai antara kita yang mungkin menyedari bahawa terdapat penggunaan Lampu Kecemasan (Emergency Light) dan Lampu Tanda Keluar (Exit Signage Light) di pejabat-pejabat dan bangunan-bangunan perniagaan.

Tujuan penggunaan lampu-lampu tambahan ini ialah untuk kegunaan kecemasan ketika berlaku gangguan bekalan elektrik dan juga semasa berlaku kebakaran dimana bekalan elektrik mungkin terputus atau diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan (TNB, Polis, Bomba dsb).

Penggunaan lampu-lampu kecemasan tambahan tersebut juga adalah syarat wajib yang dikenakan bagi semua bangunan-bangunan komersial dan juga bangunan kediaman bertingkat di kawasan koridor dan tangga-tanga kecemasan.

Oleh yang demikian, anda sebagai pengguna elektrik yang bijak adalah digallakkan untuk memasang lampu-lampu tambahan ini di kediaman anda bagi tujuan kecemasan semasa bekalan elektrik terputus di waktu malam terutamanya disamping mengelakkan suasana panik yang mungkin tiba-tiba berlaku dengan rengekan dan tangisan anak-anak yang takut dengan suasana gelap secara tiba-tiba.

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: