Penggunaan Pengasing Di Dalam Pepasangan Elektrik

Penggunaan Pengasing Di Dalam Pepasangan Elektrik

Pengasing atau lebih dikenali sebagai “Isolator” adalah merupakan salah satu komponen elektrik yang sering digunakan di dalam pepasangan elektrik.

Secara asasnya fungsi dan operasi pengasing ini ialah sama seperti penggunaan suis lampu tetapi ianya digunakan untuk menghidup dan mematikan peralatan (beban) elektrik yang lebih besar seperti motor elektrik, mesin elektrik, pemampat (compressor) pendingin hawa dan sebagainya.

Secara khususnya pula, penggunaan pengasing ini memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan pada peralatan beban elektrik tanpa perlu mematikan sumber sambungan bekalan elektrik seperti pemutus litar (circuit breaker) di Papan Suis.

Walaubagaimanapun, penggunaan pengasing ini adalah meupakan satu pilihan di dalam rekabentuk elektrik bergantung kepada kesesuaian penggunaanya.

Contohnya, perekabentuk elektrik boleh meletakkan pengasing ini di dalam bilik Pam bagi tujuan kegunaan sambungan bekalan elektrik ke Panel Kawalan Pam (Pump Control Panel) atau pun sambungan bekalan elektrik dibuat secara terus ke Panel Kawalan Pam.

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: