Penggunaan Suis Bomba (Fireman Switch)

fireman switch1

Semua bangunan-bangunan besar samada jenis premis kediaman bertingkat seperti Rumah Pangsa, Apartment, Kondominium dan juga Kompleks Perniagaan dan Blok Menara Pejabat dimestikan oleh pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) supaya disediakan dengan rekabentuk Suis Bomba atau lebih dikenali sebagai “Fireman Switch”.

Tujuan utama keperluan penyediaan Suis Bomba ini ialah untuk membolehkan bekalan elektrik disetiap tingkat atau keseluruhan bangunan yang mengalami kebakaran dapat diputuskan (dimatikan) oleh ahli bomba sebelum memasuki bangunan tersebut bagi tujuan keselamatan dari risiko bahaya renjatan elektrik dan litar pintas.

Kedudukan atau lokasi Suis Bomba ini kebiasaannya ditempatkan di ruang tangga kecemasan, ruang legar dan laluan pejalan kaki (corridor) dan lobi lif di setiap tingkat bangunan.

Secara teknikalnya, pendawaian elektrik Suis Bomba adalah disambungkan kepada komponen Pemutus Litar (Circuit Breaker) pada Papan Suis Utama (setiap tingkat).

Secara operasinya pula, apabila Suis Bomba dipicu maka Pemutus Litar pada Papan Suis Utama akan terpelantik (tripping) dan menyebabkan bekalan elektrik di tingkat berkenaan terputus (dimatikan) dengan serta merta.

This Post Has One Comment

  1. Cara sambungannya boleh ajar tak? Sbb sy ade nk pasang suis bomba ni.. please urgent

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: