Pengiraan Asas Kapasiti Bateri

lead acid battery

Keperluan & Jenis Bateri

Bateri ialah salah satu peralatan atau komponen asas yang berfungsi untuk menyimpan dan memberikan bekalan elektrik arus terus (direct current) kepada sesuatu litar elektrik elektronik.

Contoh paling asas ialah penggunaan bateri untuk kenderaan yang kita gunakan.

Kita pastinya sering diingatkan dan mengingati untuk sentiasa memeriksa dan memastikan bateri kenderaan kita berada di dalam keadaan baik bagi mengelakkan bateri lemah dan menyebabkan kenderaan tidak dapat dihidupkan.

Oleh yang demikian, sila pastikan selalu bateri kereta anda selalu dibersihkan dari kotoran di bahagian terminal tembagannya dengan air panas serta air bateri sentiasa berada di paras yang sepatutnya. Kebiasaannya jangkahayat bateri kereta ialah antara 12 bulan ke 15 bulan.

Bateri terdapat dalam dua (2) jenis iaitu jenis Sel Basah (Wet Cell) dan Sel Kering (Dry Cell).

Bateri jenis Sel Basah juga dikenali sebagai ‘Lead Acid Battery’.

Kapasiti Bateri

Kapasiti bateri diukur dengan menggunakan nila Ampre Hour (AH).

Definasi Ampre Hour ialah bermaksud nilai maksimum arus (ampere) yang boleh digunakan (discharge) sehinggalah bateri tersebut kehabisan kuasa elektrik (flat/dead) dalam tempoh masa yang dinyatakan.

Pengiraan Asas Kapasiti Bateri

Contohnya, jika kapasiti satu bateri ialah 15AH, ianya bermaksud nilai kadaran arus maksimum yang akan dibekalkan secara tetap (konstan) selama 1 jam ialah sebanyak 15A.

Sekiranya, penggunaan nilai arus yang diperlukan untuk sesuatu litar ialah selama 3 jam, maka 15A x 3 jam = 45AH.

Nota :

Lebih tinggi nilai kadaran arus digunakan maka akan makin berkurangan nilai kapasiti bateri.

 

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: