Pengiraan Kejatuhan Voltan Elektrik

voltage drop

Pengiraan kejatuhan voltan biasanya digunakan bagi tujuan pemilihan saiz kabel elektrik.

Peratusan atau nilai yang dibenarkan mengikut Buku Panduan IEE ke 17 ialah 4% daripada nilai voltan bekalan elektrik 3 Fasa (415V) dan 1 Fasa (240V)

Vbe = 3 Fasa = 4% x 415V = 16.6V

Vbe = 1 Fasa = 4% x 240V = 9.6V

Formula

Vd = I (Ampere) x L(meter) x mV / 1000

Dimana

Vd = Voltage drop (Nilai Kejatuhan Voltan)

I (Ampere) = Arus rekabentuk

L (meter) = Panjang Kabel

mV = Nilai kejatuhan beban bagi setiap satu meter mengikut saiz kabel

Nota : Nilai mV boleh diperolehi berdasarkan Buku Panduan IEE dan dari Jadual Pengeluar Kabel

Contoh Pengiraan :-

Vd = 25A x 100 meter x 2.4mV /1000

Vd = 6000V/1000

Vd = 6V

Dimana

I (Ampere) = 25A = Arus rekabentuk yang akan melalui kabel elektrik

L (meter) = 100m = Panjang kabel dari satu punca ke satu punca

mV = 2.4mV = Nilai kejatuhan voltan semeter bagi kabel bersaiz 16mm2 berdasarkan Jadual 4D4B untuk kabel elektrik jenis Multicore Armoured PVC Insulated Cables

Rumusan Contoh Pengiraan

Pemilihan saiz kabel bersaiz 16mm2 untuk kabel jenis Multicore Armoured PVC Insulated Cables adalah sesuai dan boleh digunakan kerana nilai 6V adalah kurang 16.6V

Pengiraan lanjut menggunakan saiz kabel yang lebih kecil mengikut Jadual Buku Panduan IEE dan dari Jadual Pengeluar Kabel adalah perlu dan digalakkan sebelum keputusan memilih saiz kabel elektrik dimuktamadkan bagi tujuan penjimatan kos rekabentuk elektrik.

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: