Pengujian Pendawaian Elektrik

pengjuian elektrik

Keperluan dan jenis-jenis pengujian yang perlu dilakukan secara amnya adalah merujuk kepada “IEE Wiring Regulations BS 7671 (17th Edition)” dan secara khususnya di Malaysia adalah merujuk kepada Akta Bekalan Elektrik 1990.

Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 di Malaysia, semua pendawaian elektrik bagi setiap pepasangan elektrik mestilah diuji oleh Orang Kompeten iaitu Pendawai Elektrik (Wireman) berdasarkan jenis pendawaian samada menggunakan Fasa Tunggal (Single Phase) atau Tiga Fasa (Three Phase).

Sijil Perakuan Pengujian yang dinamakan Borang H mestilah diisi dan disahkan dan ditandatangani oleh Pendawai Elektrkik Fasa Tunggal/Tiga Fasa yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pemasangan dan pengujian pendawaian elektrik tersebut.

Untuk makluman, Borang G (Sijil Perakuan Penyeliaan & Penyiapan Kerja-Kerja Pepasangan Elektrik) dan Borang H (Sijil Perakuan Siap Pengujian) mestilah dikemukakan kepada pihak Penyedian Bekalan Elektrik seperti Tenaga Nasional Berhad sebagai salah satu syarat wajib untuk Dokumen Permohonan Bekalan Elektrik.

Secara dasarnya, jenis-jenis pengujian elektrik yang mesti dilaksanakan adalah seperti berikut :-

  1. Ujian Keterusan (Continuity Test)
  2. Ujian Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Test)
  3. Ujian Kekutuban (Polarity Test)
  4. Ujian Rintangan Elektrod Pembumian (Earth Electroe Resistance Test)
  5. Ujian Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (Earth Leakage/Residual Current Device Test)

Perincian keterangan jenis-jenis pengujian di atas bolehlah dirujuk kepada Buku Panduan Pendawaian Elektrik (Guidelines For Electrical Wiring) yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga.

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: