Perbezaan Antara 4P dan TPN Untuk Pemutus Litar

Pemutus Litar atau Circuit Breaker (CB) adalah antara komponen penting di dalam Papan Suis Elektrik (Electrical Switch Board).

Pemutus Litar ini terbahagi kepada beberapa jenis seperti Fius, Air Circuit Breaker (ACB), Moulded Case Circuit Breaker (MCCB) dan juga Miniature Circuit Breaker (MCB).

Antara kriteria penting di dalam rekabentuk Pemutus Litar ialah menentukan jenis kutub fasa (phase pole) yang akan digunakan seperti berikut :-

A) Tiga Fasa (Three Phase)

i) Three Pole & Neutral (TP+N)

Bermaksud hanya fasa masukan dan keluaran (incoming & outgoing) bekalan elektrik pada sesuatu litar elektrik iaitu Fasa Merah (Red). Kuning (Yellow), Biru (Blue) akan disambung dan diputuskan serentak. Kabel untuk Neutral (N) akan disambungkan terus kepada litar secara kekal.

ii) Four Pole (4P)

Bermaksud semua fasa masukan dan keluaran (incoming & outgoing) bekalan elektrik pada sesuatu litar elektrik iaitu Fasa Merah (Red). Kuning (Yellow), Biru (Blue) dan Neutral (N) akan disambung dan diputuskan serentak.

B) Satu Fasa/Fasa Tunggal (Single Phase)

i) Single Pole & Neutral (SP+N)

Bermaksud hanya fasa masukan dan keluaran (incoming & outgoing) bekalan elektrik pada sesuatu litar elektrik iaitu Fasa Hidup (L)) akan disambung dan diputuskan serentak. Kabel untuk Neutral (N) akan disambungkan terus kepada litar secara kekal.SPN Breaker

ii Double Pole (DP)

Bermaksud semua fasa masukan dan keluaran (incoming & outgoing) bekalan elektrik pada sesuatu litar elektrik iaitu Fasa Hidup (L) dan Neutral (N) akan disambung dan diputuskan serentak.

Perbezaan Perlindungan Litar Antara SPN/TPN dan DP/4P

SPN/TPN : Perlindungan Litar adalah untuk Fasa Bekalan Elektrik (R/Y/B) sahaja tanpa Neutral.

DP/4P : Perlindungan Litar adalah untuk keseluruhan Fasa Bekalan Elektrik (R/Y/B) termasuk Neutral.

RumusanDP Breaker

1) Pemutus Litar jenis SPN/TPN adalah lebih murah berbanding jenis DP/4P

2) Pemutus Litar jenis SPN/TPN kebiasannya digunakan untuk litar keluaran (outgoing circuit) di dalam Papan Suis Elektrik.

3) Pemutus Litar jenis DP/4P kebiasannya digunakan untuk litar masukan (incoming circuit) di dalam Papan Suis Elektrik.

4) Pemutus Litar jenis DP/4P kebiasannya digunakan pada sesuatu litar yang dijangka akan mempunyai kesan harmonik yang tinggi dan menyebabkan fasa Neutral mengalirkan arus balikan elektrik yang tinggi bagi tujuan keselamatan litar dan penyelenggaraan.

Nota : Secara dasarnya, fasa Neutral pada litar keluaran tidak perlu diputuskan dalam apa jua keadaan dan penggunaan Pemutus Litar jenis SPN/TPN adalah memadai.

 

 

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: