Perbezaan Antara Pemutus Litar Jenis ACB dan MCCB

ACB Circuit BreakerPemilihan Pemutus Litar (Circuit Breaker) yang sesuai dengan fungsi dan operasi adalah amat penting terutama pada rekabentuk pada Litar Utama Elektrik (Main Electric Circuit) seperti Papan Suis Elektrik Utama (Main Electrical Switch Board).

Antara Pemutus Litar yang biasanya digunakan pada Litar Utama Elektrik ialah jenis Moulded Case Circuit Breaker (MCCB) dan Air Circuit Breaker (ACB).

Persamaan Antara MCCB dan ACBMCCB Circuit Breaker

Kedua-duanya berfungsi untuk bertindak menyambung dan memutuskan litar bekalan elektrik samada secara kaedah ‘manual’ bagi tujuan penyelenggaraan atau ‘automatic tripping’ apabila berlaku penggunaan arus berlebihan (overload) atau litar pintas (short circuit).

Perbezaan Operasi/Saiz/Harga Antara MCCB dan ACB

i) ACB boleh beroperasi tanpa menggunakan perlindungan tambahan untuk arus lebihan (over curent) atau secara ‘instantaneous tripping’ tetapi MCCB perlu menggunakan perlindungan tambahan untuk arus lebihan (over curent) atau secara ‘instantaneous tripping’.

ii) Sekiranya berlaku lebihan arus (over-current) dan litar pintas (short circuit) pada Litar Elektrik Utama yang menggabungkan MCCB di Litar Masukan (Incoming Circuit) dan ACB di Litar Agihan (Outgoing Circuit) , kebarangkalian atau kemungkinan untuk MCCB terpelantik (tripping) adalah lebih tinggi tinggi dari ACB.

iii) Komponen mekanikal dalam ACB seperti ‘Main Contacts, Arcing Contacts, Mechanism’ boleh diperbaiki sekiranya rosak tetapi MCCB sekiranya rosak tidak boleh diperbaiki dan perlu diganti baru.

iv) Saiz fizikal ACB adalah lebih besar dari MCCB.

v) Harga ACB adalah lebih mahal dari MCCB.

Rumusan

a) Penggunaan Pemutus Litar jenis ACB pada pada Litar Masukan (Incoming Circuit) dan Pemutus Litar jenis MCCB pada Litar Keluaran/Agihan (Outgoing Circuit) adalah lebih praktikal dan sesuai.

b) Penggunaan Perlindungan Litar Tambahan jenis ‘Over-Current’ dan ‘Earth Fault’ adalah digalakan pada Pemutus Litar jenis ACB dan MCCB bagi membolehkan perbezaan masa terpelantik (time tripping discrimination) dilaraskan dan ditentukan terutamanya apabila terdapat gabungan kedua-dua jenis Pemutus Litar jenis ACB dan MCCB.

 

This Post Has One Comment

  1. Saya musykil dengan ayat ” MCCB perlu menggunakan perlindungan tambahan untuk arus lebihan (over curent)”. Setahu saya mccb boleh terlantik jika berlaku overcurrent secara instant walaupun tidak dipasang aksesori. Aksesori perlu dipasang jika ingin melaras masa trippingnnya (milisaat). untuk earth fault juga kena pasang aksesori spt shunt trip, ct dsb.

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: