Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada semua rakan-rakan pembaca semua.
Pihak kami dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa halaman blog ini juga menyediakan perkhidmatan untuk mencari bahan bacaan dan rujukan seperti buku-buku dan artikel mengenai sebarang perkara berkaitan sistem elektrik samada di dalam Bahasa Malaysia dan juga Inggeris (English).
Oleh yang demikian, kepada rakan-rakan pembaca semua berminat bolehlah menghantar kiriman email atau balasan kepada kiriman ini mengenai maklumat bahan atau buku rujukan yang dicari.
Pihak pengurusan blog akan cuba mencari maklumat-maklumat berkaitan dalam tempoh masa tiga (3) hari dari tarikh kiriman.
Sekian, terimakasih.
Editor
myelectinfo.com
Uzair
23 May 2015Selamat sejahtera…saya mencari buku akta dan peraturan elektrik..
bolehkah cik tolong carikan untuk saya?
myelectinfo
24 May 2015Terimakasih kerana melayari blog ini.
Buku mengenai Akta Bekalan Elektrik (dan Peraturan Elektrik) boleh didapati pasaran kedai buku dan di pejabat Suruhanjaya Tenaga di seluruh negara.
Ianya juga boleh didapati di dalam website Suruhanjaya Tenaga.
Sila layari pautan (link) blog ini seperti berikut :
http://www.myelectinfo.com/buku-akta-bekalan-elektrik/
Harga Buku Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447) di pasaran adalah RM25.00 senaskah (semakan harga pada tahun 2010)
mohd nasri bin abdullah
6 Sep 2017assalam dan selamat sejahtera,
saya mencari buku berkaitan panduan membaiki lcd led dan smart televisyen,mohon bantuan tuan…
terima kasih