Permohonan Bekalan Elektrik

tnb meter

Permohonan Bekalan Elektrik

Secara amnya, permohonan bekalan elektrik kepada pihak Pembekal Bekalan Elektrik seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) terbahagi kepada dua jenis iaitu :-

  1. Permohonan Bekalan Elektrik Baru
  • Contoh : Pembangunan projek-projek baru seperti Taman Perumahan, Kilang, Hotel, Pejabat, dsb.
  1. Permohonan Menaiktaraf Bekalan Elektrik Sediada
  • Contoh : Kilang sediada yang memerlukan tambahan bekalan elektrik disebabkan pertambahan peralatan dan mesin-mesin elektrik baru.

Kedua-dua jenis permohonan bekalan elektrik di atas terbahagi pula kepada dua kategori iaitu :-

  1. Beban Elektrik Melebihi 100KVA
  • Permohonan awal bekalan elektrik mestilah dilakukan oleh Jurutera Perunding Elektrik yang berdaftar dengan pihak Lembaga Jurutera Malaysia (LJM/BEM).
  • Kebiasannya, melibatkan keperluan pembinaan Bangunan Pencawang Elektrik kerana penggunaan beban elektrik yang tinggi antara 400A sehingga 1000A.
  1. Beban Elektrik Kurang 100KVA
  • Permohonan bekalan elektrik boleh dilakukan oleh Kontraktor Elektrik yang berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Tenaga dan TNB.
  • Kebiasannya, bekalan elektrik akan disalurkan dan disambungkan melalui sumber bekalan elektrik sediada seperti Pencawang Elektrik dan sesalur bekalan tiang talian atas voltan rendah sediafa yang berhampiran.
  • Penggunaan beban kecil antara 30A sehingga 100A.
  • Penggunaan beban sefderhana antara 150A sehingga  400A tertakluk kepada lebihan sumber bekalan elektrik berhampiran.

This Post Has 2 Comments

  1. tuan, mahu bertanya ;
    berapa RM caj sambung utk bekalan baru tnb utk kediaman rumah ;

    1) satu fasa
    2) 3 fasa

    adakah harga sama seluruh Malaysia @ mengikut zon kawasan tnb masing2..
    TQ atas respon tuan

    1. Saya akan semak jadual CSP yang terkini dari pihak TNB dan maklumkan di dalam kiriman blog ini nanti.

      Harga CSP ini adalah sama untuk keseluruhan pepasangan elektrik di semenanjung Malaysia.

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: