Perubahan Lokasi Meter Jangka Elektrik

tnb meter

Sepertimana kita semua maklum bahawa adal;ah menjadi trend atau kebiasaan pengubahsuaian rumah-rumah sediada samada jenis teres atau berkembar atau sesebuah masa-kini, selalunya menyebabkan kedudukan Meter Jangka Elektrik terlindung dan perlu dialihkan ke lokasi yang sesuai seperti dinding luar yang baru atau Ruang Meter (Meter Compartment) di Tembok Masuk (Main Gate Entrance Post) ke rumah kediaman tersebut.

Kerja-kerja mengubah lokasi atau kedudukan Meter Jangka Elektrik tersebut mestilah dilakukan oleh Pendawai Elektrik Berdaftar (Wireman) atau melalui Kontraktor Elektrik Berdaftar dan dimaklumkan kepada pihak Pembekal Bekalan Elektrik (contoh seperti TNB).

Perlu diingatkan, lokasi pemindahan Meter Jangka Elektrik mestilah strategik dan mudah untuk diakses dan diambil bacaan oleh Pembaca Meter seperti di sekitar pintu masuk rumah. Ruang Meter (Meter Compartment) di Tembok Masuk pula mestilah cukup luas untuk tujuan pemasangan dan penyelenggaraan.

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai Pembekal Bekalan Elektrik pula contihnya telah menyediakan garis panduan lengkap mengenai keudukan dan ketinggian Meter Jangka mengikut jenis premis kediaman, perniagaan sebagainya di dalam Buku ‘Electricity Supply Application Handbook’ (ESAH) Versi Ke 3.

Buku panduan ESAH tersebut boleh dimuat-turun melalui laman web pihak TNB sepertimana berikut :

http://www.tnb.com.my/business/for-housing-developers-electrical-contractors.html

 

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: