Rekabentuk sistem bekalan elektrik untuk premis kediaman dan perniagaan adalah terbahagi kepada dua jenis iaitu :
- Bekalan elektrik jenis Fasa Tunggal
- Bekalan elektrik jenis Tiga Fasa
Penentuan keperluan rekabentuk sistem bekalan elektrik samada jenis Fasa Tunggal atau Tiga fasa adalah bergantung kepada :-
- Jenis bangunan samada jenis kediaman domestik atau premis perniagaan
- Nilai anggaran penggunaan arus elektrik mengikut kiraan jumlah beban tersambung (connected load) dan beban maksima (maximum load demand) yang akan digunakan
- Nilai anggaran jumlah beban tersambung dan maksima di masa hadapan (future growth load)
- Kapasiti Amp Kotak Agihan (Distribution Board) dan Pemutus Litar yang terdapat di pasaran semasa
- Mengambil-kira faktor amalan rekabentuk semasa (current design practice)
- Mematuhi piawaian dan kelulusan Agensi Pemberi Bekalan Elektrik