Rekabentuk Sistem Elektrik Dalaman Bangunan

Secara amnya, rekabentuk sistem elektrik dalaman bangunan adalah sama antara satu bangunan dengan satu bangunan yang lain.

Jenis-jenis bangunan pula terbahagi kepada beberapa kategori seperti berikut :-

  1. Jenis Kediaman (contoh : rumah sesebuah, banglow, teres kos rendah, teres kos sederhana, dsb)
  2. Jenis Perniagaan
  3. Jenis Indutri Perkilangan

Komponen asas rekabentuk elektrik dalaman setiap bangunan adalah seperti berikut :-

  1. Papan Suis untuk menerima dan mengagihkan bekalan elektrik.
  2. Kabel Pendawaian elektrik dari Papan Suis kepada suis dan soket alir keluar untuk kegunaan peralatan elektrik.
  3. Peralatan elektrik seperti lampu, kipas, pendingin hawa, pemanas, peti ais, mesin basuh dan sebagainya.

 

consumer distribution board

Jenis-jenis Papan Suis untuik kategori Bangunan Jenis Kediaman

  • Papan Suis adalah dari jenis Kotak Agihan Elektrik atau lebih dikenali sebagai ‘Distribution Board’ (DB) atau ‘Consumer Distribution Board’.
  • Rekabentuk binaan DB adalah dari jenis Insulated PVC  atau Metalclad.
  • Kapasiti DB adalah  30A Satu Fasa (Fasa Tunggal) untuk kediaman jenis rumah kampung, kos rendah, sederhana rendah dan sederhana (teres).
  • Kapasiti DB antara 30A Tiga Fasa hingga 60A Tiga Fasa untuk kediaman jenis sesebuah seperti banglow setingkat dan dua tingkat.
  • Kapasiti DB antara 100A Tiga Fasa hingga 200A Tiga Fasa untuk kediaman jenis banglow mewah setingkat dan dua tingkat.

 

main switch board2

Jenis-jenis Papan Suis untuk kategori Bangunan Jenis Perniagaan

  • Papan Suis Utama atau lebih dikenali sebagai ‘Main Switch Board’ (MSB).
  • Rekabentuk binaan MSB adalah dari jenis Metalclad.
  • MSB terdapat dalam jenis Lekapan Dinding (Wall Mounted) dan juga Dirian Lantai (Floor Standing).
  • Kapasiti MSB kebiasannya adalah antara 100A Tiga Fasa sehingga 1000A Tiga Fasa.

Jenis-jenis Papan Suis untuk kategori Bangunan Jenis Industri Perkilangan adalah sama seperti Bangunan Jenis Kediaman.

Nota : Artikel mengenai Rekabentuk Sistem Elektrik Dalaman Bangunan ini terbahagi kepada beberapa pecahan topik yang akan dikemas-kini dari masa ke semasa dan akan digabungkan di dalam format e-book apabila siap kelak.

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: