Risiko Renjatan Elektrik

electrick shock

Kita semua pasti pernah mendengar dan terbaca mengenai kes renjatan elektrik ke atas manusia dan berakhir dengan berita kematian serta merta atau jika selamat pula mengalami kecederaan yang teruk pada tubuh seperti melecur tubuh badan.

Walaubagaimanapun, mungkin ramai antara kita yang masih tertanya-tanya bagaimana renjatan elektrik boleh berlaku dan bagaimana pula mengelakkannya.

Oleh yang demikian, berikut disampaikan beberapa maklumat-maklumat penting yang harus kita fahami mengenai renjatan elektrik.

Secara teorinya, air adalah merupakan salah satu pengalir elektrik dan pastinya tubuh manusia yang mengandungi unsur air akan bertindak sebagai pengalir elektrik jika berlaku sentuhan terus kepada arus elektrik seperti kebocoran elektrik pada peralatan elektrik dan sebagainya.

Formula asas elektrik seperti Hukum Ohm, menerangkan bahawa arus elektrik yang mengalir di dalam tubuh manusia bergantung kepada Voltan elektrik dan rintangan Ohm tubuh manusia itu sendiri.

Dianggarkan bahawa jumlah rintangan Ohm di dalam tubuh manusia ialah sekitar 1,000 Ohm sehingga 10,000 Ohm bergantung kepada kandungan air di dalam badan manusia termasuki faktor tubuh yang basah, lembab dan kering.

Kesan renjatan elektrik adalah berbeza-beza mengikut jumlah arus yang dihasilkan oleh rintangan Ohm dalam tubuh dan juga Voltan sumber elektrik yang disentuh oleh manusia. Kesan paling buruk ialah jantung manusia akan berdegup pantas dari yang sepatutnya dan selalunya menyebabkan kematian.

Berdasarkan kepada kajian-kajian yang dilakukan, berikut disenaraikan Jadual Risiko Renjatan Elektrik yang mungkin berlaku :-

Jadual Risiko Renjatan Elektrik
(Schedule Of Electric Shock)
Arus Elektrik Kesan/Risiko
(Electric Current) (Effects)
(mA)
1 – 2 Terperanjat (tidak mendatangkan kesan mudarat)
(Perception level (no harmful)
5 Merasa sakit
(Painful sensation)
10 – 15 Kejang otot dan tidak dapat bergerak
(Muscular contraction, cannot let go)
20 – 30 Sesak Nafas
(Impaired breathing)
50 dan ke atas Kejang otot yang kuat, tubuh kaku dan risiko kematian
(Ventricular fibrillation and Death)

p/s : Komen membina dari anda adalah dialu-alukan

 

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: