Sistem Bekalan Kuasa Bebas Gangguan (UPS)

UPS

Penggunaan Peralatan ”Unterruptible Power Supply/Souce (UPS)

Sistem ‘Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan’ atau dikenali sebagi ‘Uninterruptible Power Supply/Source System” adalah merupakan satu peralatan yang berfungsi untuk memastikan bekalan elektrik dapat disalurkan kepada sesuatu pepasangan elektrik secara berterusan (tanpa henti) walaupun ketika berlakunya gangguan bekalan elektrik secara tiba-tiba atau terancang..

Keperluan & Fungsi Penggunaan Peralatan UPS

Gangguan bekalan elektrik secara tiba-tiba yang dimaksudkan ialah disebabkan kerosakan sistem bekalan elektrik oleh Pihak Pemberi Bekalan Elektrik (TNB dsb) atau kerosakan litar pintas, arus lebih dan sebagainya yang menyebabkan Pemutus Litar Utama (ACB, MCBB) terpelantik (tripping) secara tiba-tiba.

Gangguan bekalan elektrik secara terancang pula merujuk kepada notis awal oleh Pihak Pemberi Bekalan Elektrik mengenai gangguan bekalan elektrik sementara disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan, menaiktaraf sistem sediada dan sebagainya.

Persamaan & Perbezaan Peralatan Sistem UPS & Sistem Genset

Secara amnya,tujuan penggunaan peralatan Sistem UPS adalah sama seperti penggunaan Sistem Janakuasa Tunggu Sedia (Standby Generating Set System) iaitu untuk memberi bekalan elektrik sementara (kecemasan) kepada sesuatu pepasangan ketika berlakunya gangguan bekalan elektrik,

Walaubagaimanapun, secara perincian teknikalnya pula kaedah penggunaannya adalah sedikit berbeza kerana Sistem Genset biasanya digunakan untuk memberikan bekalan elektrik jenis arus ulang-alik (alternating current) kepada sesuatu pepasangan elektrik utama.

Sistem UPS adalah kebiasaannya dikhususkan penggunaannya untuk memberikan bekalan elektrik jenis arus terus (direct current) kepada sesuatu pepasangan bersifat elektronik seperti rangkaian peralatan komputer, peralatan sistem data maklumat berpusat (data centre), sistem peralatan telekomunikasi dan sebagainya.

Keperluan & Kepentingan Penggunaan Sistem UPS

Ironinya, penggunaan peralatan Sistem UPS adalah merupakan satu kemestian dewasa ini seiring dengan kemajuan rangkaian Sistem Teknologi Maklumat seperti Internet, Sistem Perbankan, Pusat Data Maklumat yang memerlukan tahap kecekapan maksimum untuk memastikan sistem berfungsi secara berterusan dan data yang disimpan adalah selamat.

Mengenali Operasi Sistem UPS

Peralatan Sistem UPS secara dasarnya adalah merupakan gabungan litar pengubah arus alik kepada arus terus atau dikenali sebagai ‘converter’ dan juga sistem bateri.

Apabila berlakunya gangguan bekalan elektrik maka sistem bateri akan mengambilalih tugas serta merta untuk menyalurkan bekalan elektrik arus terus kepada sesuatu pepasangan elektrik.

Nota : Kiriman akan datang memberikan penerangan lebih lanjut mengenai kaedah pengiraan teknikal pemilihan kapasiti peralatan UPS, kapasiti bateri, cara-cara pemilihan peralatan UPS, senarai pembekal-pembekal peralatan UPS dan sebagainya.

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: