Spesifikasi Getah Penebat Di Bilik Papan Suis Utama Elektrik

Electric Switchboard Matting

Penyediaan Getah Penebat (Alas Getah) di Bilik Papan Suis Elektrik telah dinyatakan secara jelas di dalam Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Bahagian II, Pepasangan Papan Suis, Peraturan 19, Sub Perkara (2) :

“Alas getah yang saiz dan ketebalannya yang sesuai hendaklah diletakkan di atas lantai di hadapan setiap papan suis untuk mencegah bahaya renjatan elektrik kepada seseorang pengendali”

Walaubagaimanapun, perlu diketahui bahawa Getah Penebat yang wajib disediakan mestilah mematuhi piawaian (standard) dan spesifikasi teknikal yang ditetapkan.

Untuk makluman, Getah Penebat mestilah mematuhi Piawaian Antarabangsa ‘American National Standards Instutue’ (ANSI) dan ‘American Society for Testing and Materials’ (ASTM) serta Piawaian Malaysia iaitu SIRIM.

Secara spesifiknya, ketebalan Getah Penebat adalah berbeza-beza mengikut keupayaan dan ketahanan tahap Voltan Kendalian & Operasi seperti berikut :-

a) Class 1 = 3/16″ Thick (20,000 volts)Electric Switchboard Matting2

b) Class 2 = 1/4″ Thick (30,000 volts)

c) Class 3 = 3/8″ Thick (40,000 volts)

d) Class 4 = 1/2″ Thick (50,000 volts)

Oleh yang demikian, secara rumusannya pemilihan jenis dan ketebalan Getah Penebat sepertimana yang wajib disediakan mestilah bersesuaian dengan keupayaan mengelakkan renjatan elektrik mengikut Voltan Kendalian Operasi sesebuah Papan Suis Elektrik.

 

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: