Pernahkah anda mendapati berlaku percikan api ( arc sparking) ketika anda memetik suis?
Jika berlaku, terdapat beberapa dua (2) kemungkinan yang akan menyebabkan berlakunya percikan api tersebut iaitu :-
a) Tamatan kabel atau wayar elektrik pada terminal dalaman suis longgar.
b) Kadaran amp suis lampu adalah lebih kecil dari kadar penggunaan sebenar.
Kedua-dua kemungkinan tersebut boleh mengakibatkan risiko renjatan elektrik dan juga kebakaran jika dibiarkan.
Justeru itu, sila ambil tindakan segera samada menghubungi kontraktor elektrik untuk mengetatkan sambungan kabel elektrik pada terminal sambungan kabel di dalam suis atau membaikinya sendiri jika anda mahir dan berkelayakan.
Sekiranya percikan api masih berlaku, maka suis tersebut mestilah diganti dengan kadaran arus (ampere) yang lebih besar.
Terdapat beberapa kadaran arus suis lampu di pasaran tempatan iaitu 6A, 10A, 15A dan juga 20A.
Nota : Sila pastikan suis lampu yang dibeli dan diganti mempunyai pelekat kelulusan SIRM.