Syarat Keperluan Pembinaan Pencawang Elektrik TNB

Kepada rakan-rakan di dalam bidang kerjaya sebagai pemaju dan perunding elektrik semua!

Sekadar berkongsi maklumat yang diperolehi bahawa pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menetapkan garis panduan mengenai syarat-syarat terbaru mengenai keperluan mengadakan Pencawang Elektrik seperti berikut :-

a) Permohonan Bekalan Elektrik Voltan Rendah (LV) hanya dibenarkan untuk jumlah beban penggunaan beban elektrik maksima kurang dari 1,000 Amp sahaja untuk projek komersil dan industri.

b) Hanya sebuah Pencawang Elektrik Jenis Satu Ruang (Single Chamber Sub Station) sahaja dibenarkan untuk projek komersil dan industri.

c) Permohonan Bekalan Elektrik Voltan Tinggi (VT) dimestikan untuk jumlah penggunaan beban elektrik maksima melebihi 1,000 Amp untuk projek komersil dan industri.

Nota :

1) Permohonan Bekalan Elektrik Voltan Rendah (LV) untuk projek kediaman jenis teres (rumah taman) adalah dikecualikan dari syarat-syarat di atas.

2) Syarat-syarat di atas telah dinyatakan oleh pihak TNB melalui Buku ‘Electricity Supply Application Handbook’ Edisi ke 3 yang boleh dimuat turun melalui laman WEB rasmi pihak TNB.

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: