Tips Pendawaian Elektrik Selamat Dan Berkualiti

 

imagesWUFWU7UF

Pengubahsuaian rumah-rumah kediaman selalunya memerlukan keperluan tambahan peralatan elektrik seperti lampu-lampu, soket kuasa, pendingin hawa, pemanas dan sebagainya.

Justeru itu, pendawaian elektrik tambahan adalah tidak dapat dielakkan dan selalunya kerja-kerja tersebut diserahkan kepada pihak Kontraktor Sivil Pengubahsuaian Kediaman yang akan melantik Sub-Kontraktor Elektrik untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut.

Walaubagaimanapun, anda sebagai pemilik kediaman dan pengguna elektrik yang bijak adalah dinasihatkan untuk mengambil inisiatif berikut bagi memastikan pendawaian elektrik tambahan yang dilakukan adalah mematuhi ciri-ciri pepasangan yang betul, kemas dan selamat (terutamanya pendawaian di bahagian terlindung seperti di dalam siling dan tertanam di dalam dinding) :-

a) Pastikan Sub-Kontraktor Elektrik yang dilantik adalah berdaftar dengan pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pembekal Elektrik (TNB/Sabah Elektrik/dsb).

b) Pastikan pekerja-pekerja Sub Kontraktor Elektrik adalah berpengalaman dan mahir.

c) Pastikan peralatan-peralatan elektrik yang akan dipasang adalah berkualiti dan mempunyai Sijil Pengesahan Kualiti dari pihak Suruhanjaya Tenaga (ST) dan juga SIRIM.

d) Pastikan pendawaian elektrik di atas siling menggunakan pembuluh konduit PVC (plastik) atau Galvani (besi) dipasang termasuk soket-soket penghubung konduit dan digantung dengan kemas.

e) Pastikan pendawaian elektrik di dalam dinding dipasang di dalam pembuluh konduit PVC dan dipasang menurun ke bawah dan tidak melintang di tengah-tengah dinding.

f) Pastikan semua peralatan-peralatan elektrik yang dipasang diikat kemas dengan skru pada siling atau dinding dan PALING PENTING kabel/wayar pembumian berwarna HIJAU dipasang pada semua peralatan elektrik dengan sempurna pada bahagian ‘housing’/body peralatan tersebut.

g) Pastikan pendawaian elektrik yang telah disiapkan diuji oleh Pendawai Elektrik (Wireman) Berdaftar Dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan di chop dan ditandantangi serta salinan Borang Pengujian diserahkan kepada anda.

h) Pastikan Sub-Kontraktor Elektrik menyediakan Lukisan Pepasangan Susunatur Peralatan Elektrik dan Lukisan Skematik Elektrik dan dichop dan ditandatangani oleh Pendawai Elektrik.

i) Sila hubungi Kontraktor Bangunan dan Sub-Kontraktor Elektrik sekiranya berlaku tanda-tanda percikan api (fire sparking) pada peralatan elektrik suis-suis lampu dan soket-soket kuasa.

Anda semestinya inginkan sebuah rumah baru atau yang baru diubahsuai kelihatan cantik, kemas dan berbaloi dengan perbelanjaan yang dikeluarkan.

Oleh yang demikian, jadilah pengguna elektrik yang bijak dengan memastikan kesempurnaan rumah yang anda idamkan adalah dilengkapi dengan peralatan-peralatan elektrik dan pendawaian elektrik baru atau tambahan yang kemas, bermutu dan selamat untuk digunakan.

 

This Post Has 3 Comments

  1. Salam,

    Nak tanya, adakah peraturan atau akta yang mewajibkan menggunakan konduit (Pvc/galvanised) bila kita nak buat pendawaian dalam dinding?

    Jika ada di manakah boleh dirujuk perkara tersebut?

    tq

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: