Tips Penjimatan Penggunaan Elektrik

energy savings

Penggunaan elektrik adalah satu keperluan asas di dalam kehidupan seharian kita masa kini meliputi kehidupan domestik, komersial atau industri.

Kekuatan ekonomi dan kestabilan sesebuah negara juga bergantung kepada sumber bekalan elektrik yang dihasilkan dan digunakan.

Walaubagaimanapun, sebagai pengguna kita juga disarankan dan digalakkan untuk menggunakan elektrik secara berhemah supaya pembaziran penggunaan elektrik dapat dielakkan.

Secara amnya, pembaziran penggunaan elektrik ini dikaitkan kepada tambahan nilai perbelanjaan kita sebagai pengguna elektrik untuk membayar bil elektrik bulanan dan secara khususnya pula dikaitkan dengan keprihatinan dan tanggungjawab bersama kita sebagai penduduk bumi untuk sama-sama menguruskan sumber bekalan elektrik secara berhemah memandangkan sumber bekalan elektrik turut dihasilkan oleh janakuasa elektrik berasaskan gas, minyak, arang batu yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Oleh yang demikian, kiriman kali ini cuba berkongsi beberapa tips penjimatan penggunaan elektrik sepertimana berikut :-

  • Memastikan peralatan elektrik dan elektronik dimatikan sekiranya tidak digunakan.
  • Memastikan tingkap dan pintu ditutup semasa penggunaan pendingin hawa.
  • Mengurangkan kekerapan penggunaan alat pendingin hawa, pemanas air, mesin basuh dan sebagainya.
  • Menggunakan beberapa suis lampu untuk mengawal litar lampu berdasarkan keperluan penggunaan terutamanya di ruang yang besar dan memerlukan bilangan lampu yang banyak.
  • Menggunakan lampu-lampu jenis kalimantang padat (Compact Fluorescent Lamp) atau LED (Light Emitting Diode) menggantikan lampu jenis filamen dan halogen.
  • Menggunakan sumber pencahayaan matahari seperti bumbung lutsinar di siang hari.
  • Menggunakan sistem solar bagi alternatif penggunaan elektrik di waktu malam.
  • Memasang komponen pembaik angkadar kuasa (power factor improvement components).

Leave a Reply

×
×

Cart

Close Panel

Contact Us:

Street Name, FL 54785

Visit our Location

(01) 54 214 951 47

Call us Anytime

Mon - Fri 08:00-19:00

Sat and Sun - CLOSED

Follow Us:

Stay in Touch: